Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

Sunday, July 8

Bina DIRI:"Jangan cepat putus asa , sahabat !


kalau terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah kisah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda dihina, diherdik, malah ingin dibunuh, tetap tabah dan kuat dalam langkah ini. Baginda lagi hebat diduga, lagi dasyat diuji. Nak dibandingkan dengan kita takkan pernah terbanding. )=

Kalau terasa putus asa dalam langkah, ingatlah kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Ingatlah kisah tauladan dari mujahadah-mujahadah Islam. Jangan mudah futur, jangan! Sekali tersadung, bangkitlah, bangkit dengan semangat yang baru! 

Anak kecil yang baru bertatih tahu untuk kembali bangun, apatah lagi kita yang sudah pandai untuk berlari.

Kita mahu syurga yang hebat, kita mahu kejayaan yang mantap-mantap, tapi tanya pada diri sendiri, apa cukup usaha yang kita lakukan? 
Muhasabah. 


Dating kat situ jom! Sambil tadabbur alam, subhanallah (=

"Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah." 
(Surah Al-Kahfi, 31)

nota : Dunia bukan tempat rehat. Bila kaki dah melangkah masuk syurga, itulah saat bermula rehat yang berpanjangan. Allahuakbar. ('=

Friday, May 11

Oh SAHABAT..


Ya Allah kau jagalah diri aku daripada terleka dengan maksiat, terlalai dengan kehidupan yang fana, hanyut dari jalan kebenaran.. tunjukkanlah aku jalan yang terbaik agar dapat aku mencapai redhoMu...

Ya Allah, aku syang sahabat2 aku, kau jagalah iman mereka, jganlah Engkau melalaikan mereka dalam maksiat yang tidak mereka sedari, lebih2 lagi yang mereka sedar, sungguh hina hambaMu ini andaikata engkau menghilangkan rasa malu terhadap mengerjakan maksiat, kami menyangka kami tidak melakukannya, padahal, ia hnyalah sangkaan nafsu kami semata2, Engkau bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhoi.. ya muqallibal qulub, thabbit qulubana a'la diinik, wa'ala thoa'tiq..

diri ini hanyalah insan yang lemah, yang turut juga melakukan dosa, sama2lah kita ingat memperingati antara kita..

(^_^) life 4 islam..

Saturday, April 21

Yang senang dapat tu bukan sahabat



Kita bicara pasal kawan dengan sahabat. Apa beza dan apa ciri-cirinya.
Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain.
Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletak kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.
Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak.
Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.
Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.
Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.
Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??

Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.
Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan.
Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.
Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.
Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.
Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat.
Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…
“Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia.”
Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj

Monday, April 16

HIDUP tanpa UKHWAH~




hidup seorang diri

hidup tanpa teman ibarat hidup di dunia ini seorang diri.


makan seorang diri.
berjalan seorang diri.
qiamullail seorang diri.
bermusafir seorang diri.
bagi tazkirah seorang diri.
pergi masjid seorang diri.
solat seorang diri.
buat program seorang diri.
semuanya seorang diri.


ada teman, tapi tidak berfungsi samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tidak ambil tahu, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tak ajak ke mana-mana bersama, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tak pernah ziarah, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi buat tak tahu, samalah seperti tiada teman!


ah, begitu sukar hidup jika tak berteman. dan begitu sukar hidup jika dakwah ini hanya dipikul seorang diri. diibaratkan kambing yang seekor di padang rumput, maka mudahlah serigala nak menyerangnya.


ukhwah mesti mantop



apa yang nak ditekankan disini, kalau ada ramai akhwat, tapi ukhwah tonggang terbalik kan sama sahaja seperti hanya sorang akhwat yang hidup di medan itu.


mengapa ya kadang-kadang kita lebih mementingkan kawan lain berbanding akhwat sendiri? dari segi study group nya, ajak makan, gi MYDIN, gi pasar malam dan mana-mana je la.
ayo.. husnuzon aja. usah prasangka buruk.


sebab mungkin salah satunya ukhwah yang kurang baik dibina sesama akhwat itu sendiri. kurangnya ziarah, kurangnya interaksi, kurangnya program-program ukhwah dan kurangnya ruh imaniyah sesama akhwat itu sendiri.


" kalau mutabaah bagus, ukhwah pasti bagus"
" kalau mutabaah bagus, pasti tiada alasan dalam melakukan gerak kerja di medan ni" kata sorang akhwat ni.


barangkali memang benar.


muhasabah~

cuba bermuhasabah dan me'refresh' diri.
ada apa dengan sebenarnya? mungkin berlakunya jurang sesama akhwat disebabkan oleh sikap tidak ambil tahu dan sikap tidak mahu memberitahu.


ada sesetengah akhwat yang lebih selesa menyelesaikan masalahnya sendiri dan tidak mahu orang lain tahu. ataupun kalau yang tahu hanya teman baiknya yang bukan akhwat. sudah jelas nampak di sini, betapa rapuhnya ukhwah sesama akhwat itu sendiri.


dan adapun bagi akhwat yang tidak ambil tahu, itu sepertinya tidak ambil kisah hal sesama muslim. padahal Rasulullah saw bersabda :
" barangsiapa yang tidak ambil tahu hal orang muslim, maka bukan dari kalangan kami"


kurang bertanya khabar adalah kurang ambil tahu. apakah sihat atau sakit, apakah ada masalah atau tidak, atau apakah mahukan pertolongan atau tidak.


itulah kadang-kadang ramai yang mufaraqah disebabkan masalah ukhwah.!





kuatkan ukhwah sesama akhwat


di awalan tarbiyah lagi sepatutnya ditekankan konsep ukhwah. dan ditekankan kehadiran ke program-program ukhwah. agar bila diarah melakukan gerak kerja bersama-sama, akhwat tidak merasa kekok dan janggal.


maka, duhai akhwat sekalian,
kuatkan dan mantopkan ukhwah sesama kita. moga dengan ukhwah yang terjalin ini, menguatkan lagi kaki kita untuk melangkah.


wallahu'alam.


p/s: ukhwah dengan mad'u agak baik kerana ketsiqahan mereka pada ki
ta.

Wednesday, October 12

sahabat kekadang positif (+) kekadang negatif (-)


Kenapa ketika kita sihat, manusia suka berdamping dengan kita?

Kenapa ketika kita pandai, mereka suka bersama dengan kita?

Kenapa ketika kita senang, ramai yang datang menghampiri?

Kenapa ketika kita bahagia, mereka sentiasa ceria disisi?

Kenapa ketika kita berduit, ada saja yang mahu berkawan?

Kenapa ketika ada pengaruh, ramai yang menjejak kita?

Kenapa ketika kita sempurna, manusia tidak segan silu datang berbaik-baik?

Kenapa ketika kita tidak ada cacat cela, mereka bangga mengaku kita sahabat?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebab hari ini kamu sudah tidak seperti dulu !!

Sebab kamu telah terpedaya dengan kata-kata manis mereka dahulu!!

Walhal kamu tidak ada apa-apa pun di mata mereka!!

Betulkah?




hurmm..tapi bila kita dalam keadaan sedih,

Bila keadaan sudah jadi begini..

Mana mereka yang kamu selalu banggakan dahulu?

Di mana mereka yang kamu lebih utamakan dahulu?

Mana mereka yang kamu bahagia mereka ada bersama?

Mana mereka yang seringkali kamu lebihkan?

Di mana mereka yang dahulu gelak ketawa ketika kamu sihat?

Mana wahai hati yang terasa...

Huh..

Itulah. Kan dah kata dan kamu juga tahu bukan.. Tak perlu berharap kepada manusia kerana mereka tidak ada apa-apa. Apa yang mereka boleh bagi? Apa yang mereka boleh buat? Mereka tidak selama-lamanya mengingatimu walaupun ketika itu kamu sangat mengingati mereka. Mereka tidak selama-lamanya menceriakan kamu sedangkan hari ini kamu kesunyian.

Perit, pedih dan sakit menusub kemas di hati ini..sabar, sabar dan terus sabar.


Baliklah wahai hati kembali kepada Allah...

Friday, April 1

tEmAN SEJATI...


Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.

Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? 
Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: 
(maksudnya)“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
sahabat sejati outline
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan
.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.

Friday, February 11

kErNa ku mEnyAyaNgiMu,sAhAbAt!

Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers