Showing posts with label refleksi diri. Show all posts
Showing posts with label refleksi diri. Show all posts
Saturday, June 8
4 Tanda Hidup Tidak Berkat
Salam, sebenarnya banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tidak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tidak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.
p/s : Ini adalah share (copy paste) dari apa yang admin baca dan terasa. Semoga sahabat-sahabat juga akan terasa...JOM UBAH...
Monday, January 28
Segalanya dari Allah.
|
Dalam kita bahagia, ada yang derita.Dalam kita tertawa, ada yang menangis.Dalam kita tersenyum, ada yang berduka.Dalam kita kekenyangan, ada yang berlapar.Dalam kita bersenang-lenang, ada yang kesempitan.
Jadi,tatkala kita diuji dengan sesuatu yang membahagiakan, gembiralah seadanya.Tatkala duka datang melanda, gantunglah harapan kepadaNya.Usah terlalu melayan perasaan.Bersederhanalah.
Hari ini alhamdulillah kita bahagia. Esok? Belum tentu lagi.Hari ini alhamdulillah kita teruji dan itu tandanya Allah kasih. Esok? Mungkin pelangi hadir selepas hujan.
Muhasabah.
Bahagia itu datangnya dari Allah.Sedih jua.Apatah lagi rasa gembira, kecewa, dan semua rasa yang ada.Segalanya dari Allah.
Bila gembira ingat Allah.Bila sedih ingat Allah.Kerna segalanya dari Allah.

Tuesday, November 6
Sebab sukar meninggalkan dosa :
1) Keinginan dan kecenderungan yang kuat kepada dosa
2) Tidak merancang peningkatan
3) Membiarkan diri dalam kelemahan dan tidak berusaha bangun darinya
4) Berkawan dengan kawan-kawan yang tidak baik
Inilah antara sebahagian punca utama yang menyebabkan kita begitu sukar untuk meninggalkan dosa. Kenalpasti dan mulalah merawatnya sedikit demi sedikit.
Orang yang benar-benar serius ingin membersihkan jiwanya daripada dosanya, maka dia akan benar-benar serius mengenalpasti penyakit pada dirinya dan mula berusaha merawatnya.
Sunday, October 14
Bila Izrail Datang Memanggil
Bila kita mati nanti,
Adakah yang akan datang menziarahi,
Menangisi ruh yang telah pergi,
Merasai kehilangan yang abadi,
Pergi selamanya tak mungkin kembali?
Bila kita mati nanti,
Adakah yang bakal mengurusi,
Jasad sejuk terkujur sepi,
Menanti tubuh dibungkus rapi,
Diusung rapi dibawa pergi?
Bila kita mati nanti,
Adakah yang akan merindui,
Menghadiahkan doa buat diri,
Sebagai bekalan di kala sunyi,
Di alam barzakh gelap sekali?
Bila kita mati nanti,
Siapa yang bakal mengganti,
Menjadi pemandu di jalan ini,
Jalan bersiur panjang sekali,
Aduhai siapakah yang sudi?
Bila kita mati nanti,
Adakah amalan sudah mencukupi,
Menjawab soalan malaikat penguji,
Menjadi pelindung seksaan ngeri,
Membela diri di mahkamah nanti?
Bila kita mati nanti,
Adakah syurga sudah menanti,
Haruman semerbak mutiara bidadari,
Atau neraka azab tidak terperi,
Menyambut penuh kemarahan berapi?
Ya Rabbi,
Bila aku mati nanti,
Dosa-dosaku Kau ampuni,
Azab seksaan Kau jauhi,
Permudahkan kembara ku nanti,
Moga syurga dapat ku jejaki.
Kerana aku ingin mati,
Sebagai syahid yang diredhai,
Sebagai kekasihMu yang dicintai.
Sunday, October 7
YA ALLAH,RAHMATILAH HAMBAMU INI..
Di kala aku sedih sangat, automatik aku mencari Allah. Aku ingat balik Allah. Aku nak Dia tahu aku sedang bersedih. Hatiku pilu. Perasaanku luka teruk akibat kemalangan dengan musibah yang melanda. Fikiranku kacau. Tidak tenteram aku melihat dunia.
Aku mencari-cari. Di mana harus aku mencari Allah?
Allah......Aku ingin pulang. Pulang kepada-Mu Allah.
Bekas-bekas air mata yang membanjiri di segenap ruang muka ku sapu dengan penuh hiba. Sudah bertahun-tahun aku mengembara untuk menggapai tujuan hidup. Aku mengejar cita-citaku kononnya kerana Allah. Padahal pada masa yang sama aku tidak bawa roh beragama berdamping dengan jasadku.
Aku tidak berkawan dengan Al Quran. Malah aku sibuk mencari teman dan awek.
Aku tidak ziarah masjid. Malah aku rajin melepak kedai makan, shopping complex, atau bilik kawan.
Aku tidak melazimi solat sunat. Malah aku melazimi pelbagai movie dan lagu.
Bila aku berjinak-jinak membersihkan hati, baru aku sedari. Allah tidak ke mana-mana. Dia bukan tinggalkan aku. Aku yang lari daripada rumah. Aku yang melupakan-Nya. Padahal Dia senantiasa hadir setiap saat.
"Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya. Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."
Inilah firman Allah yang buat aku rasa diri ini hipokrit.
Selama ini, kini dan selamanya karenah dunia buat aku menderita. Kerana aku salah dalam meletakkan prioriti hidup. Acapkali sesuatu yang dicintai menjadi sebab ujian daripada Allah. Sebab itulah Allah kata bersederhanalah. Cintailah sesuatu berpada-pada.
Bila Allah uji dengannya, mungkin aku tidak terlalu menderita. Tidak teraba-raba untuk mencari jalan pulang. Memang susah untuk rasa bercinta dengan Allah. Cinta Dia hanya akan hadir melalui mujahadah.
"Allah....Sedarkanlah aku akan kebutaan aku memandang dunia sekalipun Engkau telah tunjukkan jalan, jangan Kau biar aku hanyut dalam perjuangan hidup yang tiada makna. Sungguh, apalah erti perjuangan ini tanpa-Mu."

Wednesday, July 11
ape sumbangan aku..??
apa sumbanganku seharian untuk islam??..
kata seorang murabbi, nk dapat hasil yg luar biasa, harus bekerja secara luar biasa,
tapi, aku makan sama je dengan orang lain,
tidur sama je dengan orang lain,
rehat sama je dengan orang lain,
selalu memikirkan masalah keduniaan,
yg amalan membawa ke akhirat entah kemana,
hanya pentingkan kepengtingan diri,
kepentingan agama bukan number sa2,
fikir masalah rezeki, jodoh, harta, kawan n sebagainya,
sehinggakan amalan untk dekat dengan pencipta, syg akan KekasihNya..
semakin hari semakin menurun,
Ya Allah , jgan engkau lalaikan diriku dalam kema'siatan,
sedarkan diriku, disaat ku menyangka ku sudah melalukan kebaikkn,
akan tetapi dosa terhadap Mu kian meningkat.. Allahhurabbi...
ASTAGHFIRULLAH HAL A'ZIM....
9 hari lagi nak menuju Ramadhan 1433h.AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN KARIM
Saturday, April 14
Semua orang pernah berdosa.
Tetapi, bukanlah bermakna bila mereka berdosa, tidak ada peluang lagi untuk mereka itu kembali membersihkan diri mereka.
Insan tetap insan.
Selama mana belum tiba hari kiamat, maka peluang taubat terus terbuka hatta kepada yang melakukan dosa seluas alam ini sekalipun.
Janganlah pernah berhenti memberi harapan untuk mereka kembali,
Kearna sungguh ada yang berdosa dalam kejahilan diri,
Sedangkan di hati mereka, niat untuk berubah sangat tinggi,
Tinggal lagi tidak ada siapa yang pergi bertanya dan memberitahu mereka..
*Allahu Rabbi..mohon petunjuk dan HidayahMu untuk sentiasa brda d jlan org2 yg soleh..
Thursday, March 8
SEMANGAT!!
Muhasabah atas angin ni takkan ke mana.
Sekadar rancang-rancang gitu je.
"Aku dah banyak buang masa semalam. Main game je kerja. Hari ni, aku nak kena isi masa betul-betul."
"Kenapalah aku fail dalam periksa sem lepas? Aku nak kena buat bersungguh-sungguh sem ni."
Ya.
Awal-awal memang kita bersemangat.
Dalam kepala tu, banyak je idea-idea untuk gerakkan semangat baru kita tu.
Tetapi, semangat je tak cukup.
Bergerak dengan semangat, biar diiringi dengan kesungguhan kita mengenalpasti kelemahan lalu.
Antara punca kenapa gagal untuk perbaiki prestasi di hari baru, adalah kerana kita tidak kenalpasti di mana kelemahan kita pada hari yang lepas.
Kita 'tangkap muat' semua sekali sebab nak cepat.
Habis terlupa analisis mana satu kelemahan, mana satu kekuatan.
Rilek-rilek la. Perlahan-lahan. Sikit-sikit.
Orang nak repair paip pun, kena tahu masalah apa jadi pada paip itu. Bocor ke, berkarat ke, dah haus ke. Bukan datang-datang, terus cabut paip begitu sahaja, lepas tu ganti yang baru.
Silap haribulan, rosak bukan pada paip besar tu. Mungkin pada skru kecil saja, siapa tahu?
Sebab tu, pentingnya kenalpasti kelemahan kita.
Jangan main semangat-semangat je...
source:facebook.Afdholul Rahman Che Ani
Saturday, February 18
Kenapa jadi begitu?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu . ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)
Allah tak bagi semua yang kita minta,
Walaupun kita ini berusaha untuk taat kepada-Nya dalam banyak perkara,
Tetap kita tidak dapat semua yang kita minta.
Kenapa jadi begitu?
Kerana Allah selalu bagi yang perlu sahaja untuk kita.
Boleh jadi apa yang kita minta itu akan lebih merosakkan diri kita,
Maka Allah tidak bagi apa yang kita minta itu kepada kita.
Dia gantikan sesuatu yang lebih baik yang mungkin kita rasa macam tak ada apa dan kita pun mungkin kurang suka, tetapi perkara itu telah banyak membantu kita hari ini.
Thursday, January 19
aku dan UjianMu
Dialog dalam diri saya sendiri;
Soalan: Kenapa aku asyik kena bala je ni akhir2 ni? Nasib pun buruk2 je.
Jawapan: Ko jauh dari Tuhan. Ada ko bangun semayang malam? Tade kan? Ko cakap tak serupa bikin. Ko nasihat org, tapi ko tak buat. Ko nak menipu diri ko sendiri?
Soalan: Ahh cis! Bila aku buat pun, apesal aku tetap dapat macam2 ujian?!
Jawapan: Tu bukan ujian, tu kaffarah dosa-dosa ko. Tade manusia maksum dari dosa wlpn sebesar zarah. Jadi jika manusia diuji, tu sbnrnya nak melunturkan dosa-dosa. Bersyukurlah.
Soalan: Argh! Apakah ujian2 dan musibah2 ni baik utk aku?! Bukan ke memudaratkan aku je?!
Jawapan: Ko jangan jadi bodoh. Sebenarnya lebih baik Allah balas dosa-dosa yang ko penah buat tu dengan dibalas terus masa kat dunia lagi. Kalo dibalas kat akhirat, ko pasti tak tahan direndam dalam api neraka yg bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia.
Soalan: Jadi buat apa aku minta diampunkan dosa-dosa gak kalau nak terus-terusan dibalas camni?!
Jawapan: Allah berkuasa segala. Dia Maha Pengampun, tapi Dia Juga Maha Menghukum. Kadang-kadang dosa-dosa kita diampunkan terus oleh Allah dengan amalan2 soleh, tapi kadang2 dosa-dosa kita diampunkan dengan menerima pembalasan-pembalasan. Janji ianya diampunkan. Ko siapa nak lawan Tuhan? Sedangkan Rasulullah SAW yg maksum pun berkata doa yg terbaik adalah doa minta diampunkan dosa malah Baginda sendiri bertaubat berpuluh kali sehari. Ko siapa nak angkuh sangat dengan Tuhan tanak minta maaf dengan Dia?! Dia nak balas ke, Dia nak ampun ke, kita tak layak nak persoalkan. Kerja kita mohon ampun dan taubat. Kerja dia menerima taubat dan memberi keampunan. Itupun dinilai pula pada keikhlasan dan kesungguhan diri.
Soalan: Apesal ko nak nasihat aku ni?
Jawapan: Sebelum org lain nasihatkan, better diri sendiri yg nasihatkan dan sedar sendiri.
(terdiam dan membiarkan akal waras membuat keputusan)
*Allahu..Allah..siapalah aku untuk mempersoalkan ujian yg kau turunkan utkku...aku hanya hamba selayaknya harus menerima tanpa mempersoalkan sgala yg kau aturkan...:(

Wednesday, January 18
REFLEKSI DIRI..
Janganlah terlalu bangga kalau mampu bekerja di tempat-tempat hebat yang disediakan oleh sistem sedia ada.
Anda seorang guru di sebuah sekolah kluster ke,
Anda seorang pensyarah di sebuah universiti terkenal di Malaysia ke,
Atau anda seorang wartawan di sebuah stesyen televisyen atau syarikat akhbar terkemuka,
Ataupun anda seorang tokoh politik ke.
Tidak ada apa yang hebat pada semua itu.
Tanya diri kita, 'Dengan semua itu, apa yang aku dah bagi untuk Islam?'
Kalau sudah ada, itu suatu yang bagus. Teruskan dan tingkatkan.
Tetapi kalau tidak ada, tak perlu canang merata, 'aku kerja sini', 'aku kerja situ.'
Esok lusa, Allah tidak tanya pun tempat kerja kita. Biarlah hebat setara mana sekalipun tempat kerja kita itu di mata manusia, kalau Islam tak mampu tumpang, tidak ada nilai satu apapun di depan Allah...
Friday, January 6
Hati-hati dengan "HATI"
Siapakah yang mengetuk pintu Allah kemudian Allah menolaknya?
Siapakah yang meminta kepada Allah kemudian Allah tidak memberinya?
Siapakah yang meminta petunjuk kepada Allah kemudian Allah tidak memberi petunjuk kepadanya?
![]() |
| hati-hati dengan 'HATI" |
Kemudian, bolehkah hati itu untuk berubah?
Sedangkan siang boleh berubah menjadi malam, air laut yang pasang boleh berubah menjadi surut dan cuaca yang panas boleh berubah menjadi hujan.
Hati pula bagaimana?
Ya, hati juga boleh berubah andainya dia selalu menginginkan hidayah.
Dia gemar menjaga solat lima waktu.
Dia gemar mendatangi majlis2 kebaikan.
Dia gemar untuk baca Al - Quran.
Dia gemar untuk berbuat amal kebajikan.
Dia gemar untuk zikir malam berpanjangan.
Dia gemar untuk mendampingi orang2 soleh dan dia gemar untuk selalu mengangkat tangannya kepada Tuhan.
This is only a reminder for me, you and all of your readers
Sunday, October 23
Mohon hidayahMu untuk sentiasa dijalan yang Lurus
Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...
Saturday, October 15
DUNIA=PENJARA @ SYURGA?
kekadang aku lemah,
terlalu taksub memikirkan hal dunia,
kekadang ak lupa,
bahawa dunia tu hanya sementara,
ALLAH boleh tarik bila-bila masa je..
mohon diberi petunjuk serta Inayah drMU ya Rabb..
smoga hati ini tdk terpengaruh dgn kilauan palsu yang meruntuhkan iman...

Tuesday, June 21
Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia
Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.
Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?
Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?
Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?
"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
LaMaN ilMiah
-
-
-
-
-
Poster – Sincerity7 years ago
-
-
-
Telah Terbit: Tinta 2 Asyraf11 years ago
-
-
Shoutul Amal Comeback!12 years ago
-
MEMBANGUN KEKUATAN GERAKAN DAKWAH13 years ago
-
KUATKAN HATI INI YA ALLAH14 years ago
-
-

.jpg)