Showing posts with label si solehah. Show all posts
Showing posts with label si solehah. Show all posts

Saturday, October 6

Ayuh istigfar shbtku yang soleh n solehah..^^


Salaam anda semua,



Mengikut riwayat yang sahih, Rasulullah SAW beristighfar 70x dalam sehari! Saya ulang,TUJUH PULUH KALI dalam sehari. Sedangkan baginda adalah seorang yang maksum; diampunkan segala dosanya, past, present and future.

Kita...?

Uhmm..... Setakat 3x selepas solat fardhu, baru 15x sehari!

Ok, jom kita fikir. Saya ambil contoh aktiviti seharian saya. Berjalan ke masjid untuk solat jemaah, pergi balik paling cepat sepuluh minit. Andailah kata, satu istighfar lengkap (Astaghfirullah...wa a-tu bu-ilaih) mengambil masa 5 saat setiap satu (mengikut kiraan sendiri yang agak cepat). Dalam masa 5 minit..? Ok la, nak pakai kasut, nak tutup pintu, nak bukak kasut balik bila dah sampai masjid... Jadikan 3 minit la. Dalam 3 minit ada 180 saat. Maknanya, dalam perjalanan nak ke masjid tu, dah boleh beristighfar sebanyak kurang lebih 36x! Pergi balik = 72x! Subhanallah...

Kalau diamalkan untuk setiap solat fardhu, Insha-Allah dah dapat 360x istighfar! Wow...!!

Tu baru pergi masjid. Belum duduk dalam tube nak pergi kelas lagi! Misal lah kata ada 10 minit free duduk dalam tube tak buat ape, dalam perjalanan pergi ke universiti. Kalau pergi balik dah digunakan semata-mata untuk beristighfar, dah boleh dapat 240x istighfar! Best kan...?? Campur dengan yang istighfar pergi balik masjid tadi, dah jadi 600x...! Subhanallah... Susah ke...?

Tapi, bukanlah maknanya saya nak kata, kena istighfar sahaja sepanjang masa tak buat benda lain. Kalau ada benda lain yang berfaedah dah boleh mendatangkan pahala, silalah sila, jangan malu-malu. Cuma... Kebanyakan masa kita digunakan untuk buat benda-benda tak senonoh, yang banyak mendatangkan dosa! Betul tak...??

So jom kita istighfar sama-sama! Jom kita hapuskan dosa-dosa kecil kita yang menggelapkan hati ni! Jom kita buang semua dosa-dosa kita yang dah bertimbun ni..!


"Astaghfirullahal adzim. Alladzi la-ila ha-illa, hu-wal hayyul qayyum wa a-tu bu-ilaih..."

"Aku memohom ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepadaMu."


Senang je kan...? =)

Jom jom jom kita istighfar!

via http://angelwearsgucci.blogspot.com

Monday, July 30

SI SOLEHAH




Dalam meniti usia remaja, memikul sebaris nama ‘Si Solehah’ bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah tugas yang sangat berat. Kalau mahu menjadi wanita biasa, yang tidak ada nilainya, ya.. engkau tidak perlu memikul bebanan ‘Si Solehah’, mudah mengatur cara hidup dan bebas bergerak sana sini tanpa batasan.

Tapi, atas dasar nama ‘Si Solehah’ engkau harus menjadi lain dari yang lain. Peribadimu, perwatakanmu, pakaianmu harus berbeza dengan wanita biasa. Qaniah bukan orang terbaik untuk bercakap mengenai gerangan ‘Si Solehah’. Qaniah juga tidak mampu mengekalkan momentum tarbiyah sebagai seorang ‘Si Solehah’.


Dunia sudah moden, cabaran sana-sini membuatkan kadang-kadang tercalar sebentar peribadi diri. Terikut dengan arus semasa. Pakaian ingin diubah sedikit demi sedikit. Pergaulan dengan lelaki berubah jua.

Di akhir zaman, bertudung litup, berpurdah dipandang kolot. Tidak ada trend, tidak pandai berfesyen. Ya, mungkin ramai yang bertudung , tapi etika bertudung itu harus juga dititik beratkan. Adakah mencapai skala atau etika yang dibenarkan dalam Islam?

‘Si Solehah’, wanita yang sangat unggul. Peribadinya terpuji. Menggeleng sebentar qaniah tatkala menatap diri sendiri. Masih banyak yang koyak.. masih banyak yang perlu ditampal.

Dulu, mungkin di alam sekolah, di alam diri ditarbiyah oleh kakak-kakak, kita kuat. Suasana dan bi’ah itu yang melenturkan kata, tetapi sekali melangkah keluar dari alam itu, suasana hidup berubah. Pergaulan dengan lelaki menjadi longgar. Arghh. Entah, sukar untuk qaniah gambarkan dunia yang penuh mencabar ini.

Beruntunglah jiwa-jiwa yang mampu menjadi ‘Si Solehah’ di akhir zaman ini. Kalian jiwa-jiwa yang suci. Susuk tubuh yang terpuji. Subhanallah, moga qaniah diketemukan dengan insan-insan ‘Si Solehah’ ini supaya menjadi pembakar kepada diri untuk terus istiqamah dalam menjadi muslimah sejati. Amin …

*****

            ‘Si Solehah’ bukan sekadar cantik di luaran, bahkan cantik dalamannya. Jangan biarkan diri kita hipokrit. Bertudung litup di hadapan semua, berperibadi mulia hanya di luaran, tapi dalaman kita kotor.

            Qaniah akui, wujud benda ini. Jangan bohong. Qaniah sendiri merasa getaran ‘Si Solehah’ itu adalah getaran yang sangat hebat. ‘Si Solehah’ yang sebenar ibadahnya, dirinya hanya hebat untuk Allah.

            Cuba kita lihat diri kita, kita bertudung labuh, tetapi kadang-kadang ibadah kita tidak ambil kisah. Solat lambat, jarang baca quran. Tidak ada nilai jika hanya luarannya tampak Islamik tetapi di dalamnya kita jahil ilmu agama dan rasa ketuhanan kepada Allah. Nauzubillah.

            Wahai jiwa-jiwa yang kepingin bergelar ‘Si Solehah’, sama-sama kita tegakkan Islam dalam diri kita. Runtuhkan nafsu yang membelenggu. Hadirkan Allah dan Rasul di hati.

            Moga Allah permudahkan urusan kita untuk bergelar ‘ Si Solehah’


Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers