Tuesday, June 21

Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.
Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?
Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?
Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?




"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Friday, June 10

MEMORI DIMBAU,SILATURRAHIM DIERAT,KENANGAN TERPAHT,UKHUWAH TERJALIN”


Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu, maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak pernah kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifatMu,Jika Engkau mentadbirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhadah dalam perjuangan agamaMU.



Alhamdulillah,..
setinggi-tinggi kesyukuran kpd Ilahi kerana dngn limpah dan kurnianNya.,
kami  rakan2 SMA atas sultan zainal abidin batch sains 2011,
seperti yang dirancang, majlis trsebut dilaksanakn di Dewan Fikri,
semestinya, menggamit kenagan terindah diantara kami,
orang besar,orang kuat aka pengelola mjlis reunion ni ialah
AHMAD NAZRUL HAKIMI,
franklys,sgt2 berterima kasih kpd beliau,
dia lah yg berulang alik ke sekolah dgn SYAHIR utuk menjayakan mjlis ni,,
mmg tabah la dye,,terbaik r kimi,,
ni kimi,shahir n solah yang orang kuat dlm REunioN nie,,

TC ZAWIAH, sangat komited terhadap kami,,,
tq cikgu,,<3
DEWAN FIKRI SMAASZA YG TERSERGAM INDAH..


kami yang turut memeriahkan majlis,,








4 orang cikgu yang komited terhadap kami,,
CIKGU NORISAH,CIKGU ZAWIAH,CIKGU ZAITON, TC ZALINA...
time kasih byk2 cikgu,,,=D
sesi makan kek pukul 2 pagi atas court bola jaring kat smaasza,,,^_^
MAKAN KEK KAT COURT BOLA JARING..;)
jazakallahu khairun kahtiraa ya sahabt,,moga Allah merhmati kamu semua,,,Semoga ukhuwah yang terbina akan terus erat dan membawa kita ke arah yang lebih baik. Amin.


Tuesday, June 7

~~REUNION SMA(A)SZA BATCH SPM 2008~~


Reunion,
susah jugak nk kumpul ramai nk jmpa semua kawan2 zamn sekolah dulu kn,
mlm ni, insyAllah,,seperti yang dirancang
reunion kali ni akan diadakan di Dewan Fikri kat Smaasza,,
dengan kehadiran guru2 insyaALAH,,reunion kali ni lebih bermakna,,

semoga mjlis ni berjlan lancar dan dirahmati olehNYA....
jazakallahu khairun  kahtiraa ats semua yg trlibat...


Tuesday, May 17

Al-Imam Al-Ghazali membicarakan tentang hati...

 

Ungkapan kata Al-Imam Al-Ghazali ketika membicarakan mengenai hati :
“Wahai anakku, dengarlah satu kalimah ini. Renungilah akan hakikatnya serta beramallah dengannya nescaya kamu akan mendapati padanya sesuatu yang akan menyelamatkanmu. Sekiranya diberitahu kepadamu sultan berniat untuk menziarahimu pada hujung minggu ini contohnya, aku mengetahui sesungguhnya engkau tidak akan menyibukkan dirimu melainkan memperbaiki setiap tempat yang kamu ketahui sultan itu akan memandangnya. Sekiranya kamu mengerti apa yang kami sebutkannya ini lebih layaklah bagimu untuk memahami akan hakikat bahawa sesungguhnya tidak patut bagimu melainkan untuk menyibukkan dirimu untuk memperbaiki tempat yang dipandang oleh ALLAH iaitu HATI"

p/s: peringatan untuk diri dan shbt2..renung2kan,refleksi diri..^_^


Wednesday, May 11

BIDADARI SURGA



Seperti apakah bidadari bumi itu?
Dialah wanita sholehah yang menjaga kesucian dirinya. Setiap perempuan bisa menjadi bidadari bumi, seperti apakah ciri-cirinya?
   


  • Ia adalah wanita yang paling taat kepada Allah. 
  • Ia senantiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah.
  •  Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya. 
  • Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi perketi yang mulia.
  •  Tidak hobi berdusta, bergunjing dan riya. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. 
  • Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya. 
  • Ia taat kepada suaminya.
  •  Menjaga harta suaminya mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami.
  •  Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan, dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotifasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah. 
  • Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu bersikap sederhana. 
  • Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.
Insyaallah, kudambakan menjadi insan bak bidadari di syurga

Friday, May 6

MAMA~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang~


tadi buat panggilan kat ma,
tapi xdapat,
try kat umah plk,
tapi xdpat jgk,
dah la call by kali,
pon xdapt..
hati sape xcemas time tu,,

pastu dapt panggilan dr fon abah,
Alhmdlh..ma sihat,
tapi kurang ckit kesihatanya..

syafakillah,
laju je air jernih mambasahi pipi, 
tapi ma kuat,
insya-Allah,,ad hikmah atas semua yang berlaku...

Erm,tu baru Allah nk uji ckit ngan xleh call,
subhanallah, lemahnya hambamu nie,,
tp mmg xdnafikan bhawa hati ni mmg snsetif dgn insan bernama ratu hatiku ni,,


YA Allah,. 
semoga ma sentiasa diampuni dan selalu dalam lindungan dan kasih sayangMu,
semoga  ma  sentiasa sihat dibawah rahmat Mu,
semoga ma tabah menghadap ujian-ujianMu Ya Rabbi,
permudahkanlah urusannya Ya Allah,
 Amin..

SELAMAT HARI IBU MA,^_^





Saturday, April 30

untuk iNsaN bergelar WANITA

Wanita.....

Wanita Sejati
Adalah wanita suri teladan,
Lembut tanganmu mampu mengurai seribu masalah,
Di bawah ayunan oleh jejari halusmu,
Lahirlah cahayamata yang menyinar dunia dengan pancaran keimanan.
Kau dilahirkan bersifat penghuni syurga,
Lemah lembut, penyantun dan pemalu,

Peliharalah maruah dirimu sepanjang waktu dalam berhijab,
Perbetulkan lah dirimu selalu kerana ditakuti nafsu mu yang sembilan
dan akal mu yang satu tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang palsu ini.
Dekatkanlah dirimu selalu kepada Allah,
Sentiasalah bertaubat dan malu di atas keterlanjuran masa lalu,
Taati perintah ALLAH dah jauhkanlah laranganNya,
Serta manis dalam menjalankan sunnah Rasul tercinta
Bersyukurlah kerana kau dilahirkan sebagai seorang WANITa ............
Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah...............

Friday, April 29

d0A CINTA::




Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Tuhan .
Cinta Yang Paling Agung ialah ,
Cinta Pada Tuhan Yang Maha Suci .




Ya Allah,
kurniakanlah aku CINTAMU
kurniakanlah aku kepada orang yang cinta kepada-MU
kurniakanlah aku cinta apa sahaja yang menghampirkan aku kepada CINTAMU ya Allah,
semoga cinta Allah itu lebih kita dambakan daripada seteguk air..




doa ni saya petik dalam video kat atas ni,,
kebetulan tgk video ni n terasa nk share kt blog yg dh lme xupdate,
n tahniah jgk kat beberapa senior sy yg baru mendirikan masjid ustaz ubaid n ustzah aisyah..“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair wa razakakuma ... Semoga menjadi pasangan suami isteri yang solehah..

jazakallahu khairan kathira

Sunday, April 10

SEKEPING NOTA BUAT HATI.


Wahai diri...

Sesungguhnya,
Yang mengetahui tentang diri kita dan kemaslahatannya hanya Allah.
Sememangnya, kita tidak pernah tahu apapun yang maslahat dan terbaik untuk diri kita.
Bahkan apa yang kita anggap baik,
Terkadang malah buruk untuk diri kita
Dan apa yang kita anggap buruk dan jelek
Bisa jadi itulah yang terbaik



Wahai hati...
Banyak manusia menzalimi diri sendiri di atas nama keinginan dan kehendaknya
Padahal itu sebenarnya dari nafsunya
Banyak dari mereka yang baru menyedari hakikat ini di akhir hidupnya
Maka,
Apa yang telah Allah berikan kepada kita.
Itulah yang terbaik
Redha, Syukur dan Husnu Zon kepadaNya…

Mungkin juga nafsu kita menginginkan yang lain yang ‘dia’ anggap baik
Tapi Hanya Allah yang tahu hakikatnya

Ketahuilah wahai hati,
Allah takkan berbuat zalim sedikitpun pada hamba Nya
Terkadang manusia menganggap bahawa Allah menimpakan musibah dan menyusahkannya,
Padahal kerana itu tidak sesuai dengan nafsunya !

Jika kita terima apa saja dari Allah
Kita akan dibukakan faham oleh Allah bahawa memang itulah yang sesuai untuk diri kita
Jadilah dirimu sendiri dan jangan menginginkan menjadi orang lain serta beradablah kepada Allah pada kondisi itu
Maka kita akan bahagia dengan apa pun, bilapun, dimana pun dan bersama siapa pun
Kerana Allah Esa,
Tunggal.

Lalu apa yang kita usahakan dan lakukan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan
Anggaplah itu sebagai ibadah
Dan bukannya tengah menentukan keinginan diri kita
Sebab di dunia bahkan di akhirat
KEINGINAN ALLAH sajalah yang berjalan.
Itulah ibadah...
- Buat hati-hati dan hati sendiri -..
Moga mendapat keredhaaNYA..

Friday, April 1

tEmAN SEJATI...


Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.

Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? 
Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: 
(maksudnya)“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
sahabat sejati outline
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan
.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.

Friday, March 18

MUslimAhku sayAnG~


 
Nota buat muslimah~

Duhai muslimahku sayang..
Nasihat ini kulayangkan buat diriku jua dirimu..peliharalah auratmu sebaik-baiknya..yang zahir di alam realiti mahupun di alam maya, usah biarkan ianya tertutup..namun hakikatnya terbuka dan tersingkap.

...'yang tertutup dan terhijab itu lebih baik, cantik dan berharga' insyaAllah dengan kehendakNya.

Bersungguh-sungguhlah memelihara akhlak dan auratmu hatta wajahmu yang dibolehkan untuk dipamerkan..cukuplah ia diperlihatkan pada yang berhak, peliharalah ia sebagaimana engkau memelihara agama dan solatmu..wajah yang kausucikan dengan wuduk untukNya, punya cahaya yang berseri, usah padamkan cahaya itu di wajahmu..kautundukkan wajah ketika menghadapNya, alangkah bertambah indahnya,jika ia sentiasa tunduk dipelihara..

Malulah padaNya..engkau malu dan tunduk penuh kerendahan tatkala sujud padaNya..namun, malu itu usah kau biarkan hilang tatkala menghadapi dunia..mahukah engkau jauh dariNya?? detik itu segala kebaikan dan keselamatan akan berlalu pergi darimu..mungkin fitnah bakal mencalar hatimu..fikir-fikirkanlah duhai muslimahku..

Jagalah auratmu jua sahabat-sahabatmu, engkau akan sentiasa bernilai walaupun tertutup..akan ada pahala dan ketinggian mengiringimu..mungkin dirimu tidak punya kecantikan di pandangan manusia, namun percayalah keluhuran dan kesucian hati yang kau pelihara untuk agamaNya yg ada padamu..itulah hakikat kecantikan sebenar..cukuplah keistimewaan itu kaumanfaatkan sebagai ibadah untuk Allah saat ini. Dialah sebaik-baik teman dan pembalas rasa cinta.
Berpeganglah pada hijab. Dan janganlah kamu tergoda oleh pengumbar fitnah yang bertujuan memerangi hijab atau mengecilkan dari bentuknya. Sebab ia ingin menjadikanmu jahat. Sebagaimana firman Allah:
Sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh jauhnya (dari kebenaran). " (An-Nisaa': 27)

 sungguh aku mencintaimu duhai muslimahku..♥♥

"Sesungguhnya hijab menjagamu dari pandangan yang beracun. Pandangan yang berasal dari penyakit hati dan penyakit kemanusiaan. Hijab memutuskan darimu ketamakan yang berapi-api".

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers