Saturday, January 22
Innasolati..Wanusuki..Wamahyaya..Wamamati..LillahiRabbil 'alamin..
seringkali ku baca dalam solat ku....
namun jarang sekali aku duduk...
dan merenung sejenak...
Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam....
walau berulang ku ucap...benarkah segalanya hanya kerana Mu?
solatku...masih sering terganggu...
ibadahku..masih banyak cacatnya...
hidupku...masih belum lurus halanya...
matiku...masih menjadi persoalan...
Benarkah segalanya hanya kerana Mu, ya Allah....
Ya Allah...
ku cuba sedaya nya...
bantu ku dalam mujahadah ku...
Ya Allah...
terimalah...walau masih banyak lagi cacatnya...
terimalah ya Allah....
kepada siapa lagi hendak ku persembahkan semua ini...
semuanya hanya untuk Mu...
Wednesday, January 19
PErLu PeRHatiAn D0A IFTITAH~~
Assalamualaikum...
.Nak kongsi pesanan berkenaan dengan doa iftitah yang kita baca dalam solat. Doa iftitah yang dibaca sebelum al-Fatihah, adalah doa yang sunat dibaca di permulaan solat. Iftitah memberi maksud 'pembuka'. Doa ini mengandungi maksud ayat yang indah sekali untuk kita mengertikan. Kita memuji Allah di permulaan solat sambil menghadapkan wajah kita kepada Dzat yang menciptakan seluruh alam ini.
Harus diingat, kena berhati-hati semasa kita menyebut perkataan musyrikin dan muslimin dalam doa iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan aku bukanlah dari golongan kaum muslimin." Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin' di tempat yang sepatutnya 'muslimin', maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang musyrikin."
Ohhh nauzubillah...bahaya tuh..jangan sampai ini terjadi. Kena berhati-hati dalam membaca setiap baris ayat. Sebab itu lah penting untuk kita cuba memahami ayat2 yang dibaca khususnya bacaan di dalam Solat. Moga akan ada keberkatan dalam amalan kita.
Ohhh nauzubillah...bahaya tuh..jangan sampai ini terjadi. Kena berhati-hati dalam membaca setiap baris ayat. Sebab itu lah penting untuk kita cuba memahami ayat2 yang dibaca khususnya bacaan di dalam Solat. Moga akan ada keberkatan dalam amalan kita.
wallahualam...^_^
Jazakumullah khairan kathiraa
Friday, January 14
TaNgiSaN yG berNilai di sisiNyA~~
Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda
""bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. "
Rasulullah s.a.w juga ada bersabda:
"Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Anas r.a berkata:
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.""
Hari ini manusia terus menangis dan menangis,
tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya
dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.
Jika orang soleh zaman dahulu menangis
kerana mengenang nasibnya diakhirat
tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia.
Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.
Kalau orang soleh takut
berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah,
orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat
Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat
orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya.
tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi,
orang hari ini takut dan lemah hati dalam
menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban
kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).
kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).
marilah sama2 kita muhasabah diri..
" selama kita hidup ini berapa kalikah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan?
berapa kali kita memohon keampunan daripada Allah?
berapa kalikah kita menangis KERANA ALLAH?
tanyalah diri sendiri, dan hanya Allah dan kita sahaja mengetahuinya....
Dari itu.....
Simpanlah simpanlah tangisan kita semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat keampunanNya.
Wallahu a’alam..
Di sAna mENuNggU Di siNi mEnAnti~~
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
1. pemimpin yang adil.
Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.
2. pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah.
Sejak kecil lagi rnula ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perliridungan di hari kiamat.
3. lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid.
Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.
4. dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah
. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah.
Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.
6. seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah
tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak isytihar sedekah di khalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini,jikalau bersedeqah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedeqah,itu adalah unjuran agama,cuma bersedeqah secara sirr(rahsia) adalah lebih baik.
7. seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.
Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.
Kesimpulannya, bahawa kita perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.Semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmat. bimbingan serta keredhaan ALLAH ‘Azza Wa Jalla, serta tergolong dalam kalangan ini. InsyaALLAH.,,sama2 berusaha kearahNya...
Jazakumullah khairan kathiraa...
Thursday, January 6
D0a n HuJAn~~
hari ini...
hujan masih lagi mencurah-curah membasahi bumi serambi mekah ,
khabarnya,hujan akan terus membasahi bumi terengganu n kelantan untuk 2-3 hari ni,
huhuu....
siyesly...sgt sejuk
maka,ada la ragam2 bebudak asrama mau mandi air panas,
mengerahkan kettle untk menyediakan air panas untk mndi..
katak pon xmelepaskan peluang bersuka ria main air,
bukan setakat main air si katak tu,
siap mendendangkan irama seterusnya memeriahkan suasana kat ipkb ni,.
berbicara tentang hujan ni,
khabarnya,hujan akan terus membasahi bumi terengganu n kelantan untuk 2-3 hari ni,
huhuu....
siyesly...sgt sejuk
maka,ada la ragam2 bebudak asrama mau mandi air panas,
mengerahkan kettle untk menyediakan air panas untk mndi..
katak pon xmelepaskan peluang bersuka ria main air,
bukan setakat main air si katak tu,
siap mendendangkan irama seterusnya memeriahkan suasana kat ipkb ni,.
orang kata gelombang banjir kali 2 ni mgkin teruk sikit,
kat padang dan beberapa kawasan kat mktb ni pon da naik air sikit,
tapi,team bola sepak kelantan ni
berminat lak team nk training kat padang ni,
berduyun-duyun org nk tgk encik apeq tuh (goal keeper harimau malaya)
dengan kehadiran mereka2,
![]() |
| ketika senja mengundurkan dirinya |
teringat kecik2 dulu,
ad ustaz cakap...
"kalau kita berdoa masa hujan doa akan dimakbulkan"
jadi, jom ambil kesempatan pada waktu hujan2 ni berdoa kpdNya..
selain itu,
bukan time hujan sahaja doa kita akan dimakbulkan
malah, waktu2 yang makbul untuk berdoa juga
seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jum'at,
sepertiga terakhir dari malam hari,waktu sahur, ketika sedang sujud,
antara azan dan iqamat, saat mulai pertempuran,
dalam ketakutan, atau sedang beriba hati, dan sebagainya.
namun begitu,
Segalanya berlaku dengan keinginan Allah..kehendak Allah...
bukan kerana doa time hujan atau tidak...Segalanya dari Allah...
Ingati Allah selalu, Dia sebaik-baik pendengar bicara hamba-hambaNya...
Yakinlah bila-bila masa berdoa pun Insya Allah Dia akan makbulkan.
wallahualam...^_^
ad ustaz cakap...
"kalau kita berdoa masa hujan doa akan dimakbulkan"
jadi, jom ambil kesempatan pada waktu hujan2 ni berdoa kpdNya..
doa ketika hujan turun :
Allahumma shoyyiban naafi'aa
Yang ertinya : Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (Shahih. HR Bukhari no. 1032)
selain itu,
bukan time hujan sahaja doa kita akan dimakbulkan
malah, waktu2 yang makbul untuk berdoa juga
seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jum'at,
sepertiga terakhir dari malam hari,waktu sahur, ketika sedang sujud,
antara azan dan iqamat, saat mulai pertempuran,
dalam ketakutan, atau sedang beriba hati, dan sebagainya.
namun begitu,
Segalanya berlaku dengan keinginan Allah..kehendak Allah...
bukan kerana doa time hujan atau tidak...Segalanya dari Allah...
Ingati Allah selalu, Dia sebaik-baik pendengar bicara hamba-hambaNya...
Yakinlah bila-bila masa berdoa pun Insya Allah Dia akan makbulkan.
wallahualam...^_^
Jazakumullah khairan kathiraa...
Thursday, December 30
2011 is cOmiNG
Setiap tahun masyarakat di seluruh negara akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Masihi. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, masyarakat Islam hari ini juga menyambut kehadiran tahun baru Masihi ini dengan begitu meriah sekali. Berbeza dengan menyambut tahun baru Hijrah. Mereka lebih cenderung untuk meraikan tahun Masihi berbanding mengikut Taqwim Hijrah. Kita harap semuanya ini nanti akan berubah sedikit demi sedikit kepada memeriahkan sambutan Ma’al Hijrah pada tahun-tahun mendatang.
Setiap negara akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya. Kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru. Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya.
31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau. (Al-A’raf: 30-31)
Apabila diperhatikan keadaan anak-anak muda, sama seusia dengan penulis. Menghabiskan masa mereka untuk menyambut Tahun Baru. Penulis merasakan perlunya kita hari ini mengubah kaedah menyambut tahun baru ini dengan pergi ke masjid-masjid atau duduk di rumah seorang diri dan bermuhasabah diri mengenai setiap amalan yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini. Mungkin perkara ini dipandang remeh kerana kita rasa seolah-olah diri kita terlalu jauh dengan Tuhan disebabkan kesilapan-kesilapan lalu. Namun, sebenarnya kita tersilap bahawa keampunan Tuhan itu sebenarnya melebihi dugaan kita dan amatlah Pemurah dan Maha Pengampun.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)
Masa yang singkat sebelum tibanya tahun baru ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebenarnya memerlukan masa untuk merancang mengenai kehidupan kita yang seterusnya. Ambillah peluang pada malam tahun baru untuk merancang prestasi hidup kita untuk tahun yang berikutnya. Siapa yang pernah terfikir untuk berbuat demikian, melainkan mereka yang sentiasa inginkan peningkatan dalam diri dan menjadi seorang yang berjaya di dalam hidupnya di dunia dan di akhirat. Ingat, peruntukkan dalam sehari untuk melatih diri merancang perjalanan dan menetapkan matlamat kita.
Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Peluang membaca doa selamat pada awal tahun baru merupakan amalan yang baik bagi menggantikan perbuatan berteriak dan menari-nari di pusat hiburan. Kesedaran dalam diri masyarakat dan mengamalkan ajaran agama pada hari ini amatlah penting bagi membina benteng pertahanan diri dari segala penyakit hati
Pesanan buat mereka yang mampu berdakwah, bimbinglah saudara-saudari kita dengan ikhlas dan tetapkan diri hanya meminta pertolongan Allah sekiranya kita menerima sebarang kesusahan. Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini...
Jazakumullah khairan kathiraa...
Tuesday, December 14
Kasih..tidak seMestinya meMilliki....
Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....
Kesimpulannya..cinta ALLAH adalah yg hakiki yg tiada tolak bandingnya...hidup mati adalah keranya..andai kita mendapat cinta adlh ANUGERAH drnya...mengapa tidak kita berkorban s'gal2nya hanya untuk meraih cinta yang kekal abadi hingga keakhirat...sungguh berbaloi andai kita mendapat cinta dr ILLAHI...hanya SYURGA FIRDAUS tanda balasan cinta darinya..INSYAALLAH....MAKA KEJARLAH CINTA DARINYA...
Monday, December 6
ahLan wasahLaN 1432 hijrah~
SelamaT menyambut Maal Hijrah 1432H...Semoga menjadi titik tolak perubahan
untuk diri kita ke arah yg lebih baik...insyaAllah...amin... =)
untuk diri kita ke arah yg lebih baik...insyaAllah...amin... =)
alhamdullah, syukur kehadratNya dapat lagi mereruskan perjaungan di dunia yang sementara ini. Sempena awal Muharram ini, ramai bercakap tentang Hijrah. Walaupun tiada lagi Hijrah selepas Hijrah Nabi saw, namun kita boleh mengambil manfaat dan semangat Hijrah itu sendiri, insyaALLAH...semoga dengan kedtgn tahun baru ini, kita semua mempunyai keazaman yang kental dan jitu utk membangunkan diri, bangsa dan agama kita... semoga kita juga dapat berhijrah daripada perkara yg kurg baik ke perkara yg lebih baek....
Monday, November 29
cuti2 wif walimatul urus..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
cuti sekolah,
memang sinonim dengan walimatul urus (majlis kahwin),
setiap hujung mgu lak berderet kad2 jemputan untuk dipenuhi,
Alhamdullillah,
Makanan percuma, dgan menu yg pelbgai,
Nasi minyak, lauk pauk yang byknya,
Plus,ad pncuci mulut lak,
Hidangan bubur kacang,laksa,sup..bla..bla…
Xckup dgn tu,
Bila nk blik lak ad lak dikimkan beg kertas yg sarat diisi dgn cnderahati bagai,,
Ish3…hebat sggh majlis kahwin skrg kn…
![]() |
| tgk....bertimbun2 kan... |
berbicara mengenai hal ini, semmgnye pasangan pengantin akan gembira, tambahan pula, menghadiri majlis perkahwinan jg merupakan ruang n peluang yang baik untuk kita berkunjungan dan bertemu mengeratkan silaturrahim. Biasanya di majlis perkahwinan kita juga sering berkesempatan bertemu saudara mara serta rakan baru dan lama.Tentu seronok dapat bersalam, berpelukan dan saling bertanya khabar.
Pun begitu, kebanyakan mjlis kahwin trend trkini perlu dipandang serius krn agar ia benar-benar menepati inspirasi tuntutan ajaran Islam. Majlis yang dianjurkan itu hendaklah menitik-beratkan persoalan halal haram serta menjaga pantang larang agama. Semua pantang larang itu dijaga bagi menjamin keberkatan dan rahmat Allah SWT. Mudah-mudahan majlis yang dianjurkan itu benar-benar meraih pahala yang banyak dan melimpahkan keberkatan kepada pasangan yang baru dinikahkan serta ahli keluarga mereka
Apabila bercerita mengenai kenduri majlis perkahwinan, bermacam isu yang berkaitan dengannya timbul. Saya rasa anda juga akan bercerita mengenai perkara yang sama dalam hal ini.
Pakaian Wanita Islam
yang bermaksud :
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
BERSANDING DI ATAS PELAMIN
Assalamualaikum wrm wrbt.
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.
![]() |
| jgn tiru gaya ini... |
Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.
Assalamualaikum wrm wrbt.
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.
| (sila rujuk) |
Jawapan.
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat :-
- Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
- Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
- Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara’.
MEMAKAI INAI
![]() |
(tgk sini) Ulama’ Feqah berbeza pendapat mengenai hukum pemakaian inai :
|
mereka yg br mendirikan RUMAHTANGGA ::: mengikat tali PERTUNANGAN :::
dan yg sme waktu dgnnya..] moga berbahagia dan
berkekalan hingga akhir hayat,,,amin Ya Allah,,~BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR~
dan yg sme waktu dgnnya..] moga berbahagia dan
berkekalan hingga akhir hayat,,,amin Ya Allah,,~BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
LaMaN ilMiah
-
-
-
-
-
Poster – Sincerity7 years ago
-
-
-
Telah Terbit: Tinta 2 Asyraf12 years ago
-
-
Shoutul Amal Comeback!12 years ago
-
MEMBANGUN KEKUATAN GERAKAN DAKWAH13 years ago
-
KUATKAN HATI INI YA ALLAH14 years ago
-
-



















