Friday, March 30


Ruginya manusia yang menghabiskan umurnya dengan isu cinta lelaki perempuan saja,
Umur kita sudahlah tidak lama atas dunia ini,
Kita sudah menyekat dan membazirkan manfaat umur kita,
Bila hanya perkara-perkara itu yang jadi 'zikir' harian diri.

Panjang umur ini,
Biarlah diisi dengan sesuatu yang bermanfaat hatta hingga selepas kita mati...


crdit to   http://www.facebook.com/afdholul 
*refleksi diri..moga dpelihra iman yg sering brtmbh n brkurang ini..

Thursday, March 15

SYRIA - Assad Layak Dapat Lebih Buruk drpd Gaddafi

Ya ALLAH! Berikanlah kemenangan buat ummat Islam di Syria dan di Palestin. Jika Dikau tidak mengasihani kami yg berdoa ini mungkin kerana dosa-dosa kami yang banyak membelenggu diri kami, Kau kasihanilah Ya Allah kanak-kanak suci yang telah kehilangan ayah bonda. Berilah kemenangan buat mereka Ya Rabb!” 


"Assad telah membunuh begitu banyak orang dan ia layak mendapat nasib buruk lebih dari Gaddafi," kata Ammar al-Wawi, salah satu pemberontak Syria yang sekarang bertindak sebagai komando Tentera Pembebasan Suriah (FSA).

Dan meskipun fakta bahwa FSA hanya dipersenjatai dengan Kalashnikov dan pistol, dan berada pada kerugian besar kerana terpaksa melawan kereta kebal dan meriam militer Bashar al-Assad, Wawi mengatakan dia yakin presiden Syria tersebut akan jatuh.

"Revolusi Syria melawan (kekuatan kolonial) Perancis memerlukan 10 tahun dan Palestin telah berjuang melawan Israel sejak 1948, tetapi kemenangan revolusi akan datang ketika orang memutuskan untuk mengakhiri rejim, ujar Wawi

Mantan tentera Syria ini mengatakan bahawa mereka tak memerlukan masyarakat internasional, lantas mengatakan para pemimpinnya "tidak memiliki etika dan selalu mendukung para diktator."

Mengacu kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Presiden terguling Mesir Hosni Mubarak dan mantan presiden Tunisia Zine el Abidine Ben Ali, ia berpendapat bahwa semua diktator menggunakan taktik menakut-nakuti yang sama dengan masyarakat dunia.

"Tapi itu semua bohong."

Sebaliknya, dia mendakwa bahawa rejim Syria didukung melakukan tindakan keras oleh unsur-unsur pasukan keamanan dari Iran, milisi Hizbullah dari gerakan Syiah Lebanon dan pendukung ulama radikal Syiah Irak Moqtada al-Sadr .

Wawi menuduh rejim Assad mulai menggunakan agama untuk membahagi negara ini, yang majoriti penduduknya adalah Muslim Sunni.

Namun Wawi menegaskan Syria tidak akan berubah menjadi Iraq yang lain, di mana invasi pimpinan AS tahun 2003 mencetuskan pemberontakan Arab Sunni yang berubah menjadi pertumpahan darah sektarian pada tahun 2006 dan 2007 di mana puluhan ribu orang meninggal.

"Di Syria, kita tidak membayangkan akan adanya perang saudara sektarian kerana semua rakyat Syria menginginkan hal yang sama, Jatuhnya Assad!"




sumber: 
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/komandan-fsa-assad-layak-mendapat-nasib-lebih-buruk-dari-gaddafi.htm

Thursday, March 8

SEMANGAT!!


Bila buat muhasabah, jangan buat muhasabah atas angin je.
Muhasabah atas angin ni takkan ke mana.
Sekadar rancang-rancang gitu je.

"Aku dah banyak buang masa semalam. Main game je kerja. Hari ni, aku nak kena isi masa betul-betul."

"Kenapalah aku fail dalam periksa sem lepas? Aku nak kena buat bersungguh-sungguh sem ni."

Ya.
Awal-awal memang kita bersemangat.
Dalam kepala tu, banyak je idea-idea untuk gerakkan semangat baru kita tu.

Tetapi, semangat je tak cukup.
Bergerak dengan semangat, biar diiringi dengan kesungguhan kita mengenalpasti kelemahan lalu.
Antara punca kenapa gagal untuk perbaiki prestasi di hari baru, adalah kerana kita tidak kenalpasti di mana kelemahan kita pada hari yang lepas.

Kita 'tangkap muat' semua sekali sebab nak cepat.
Habis terlupa analisis mana satu kelemahan, mana satu kekuatan.

Rilek-rilek la. Perlahan-lahan. Sikit-sikit.
Orang nak repair paip pun, kena tahu masalah apa jadi pada paip itu. Bocor ke, berkarat ke, dah haus ke. Bukan datang-datang, terus cabut paip begitu sahaja, lepas tu ganti yang baru.

Silap haribulan, rosak bukan pada paip besar tu. Mungkin pada skru kecil saja, siapa tahu?

Sebab tu, pentingnya kenalpasti kelemahan kita.
Jangan main semangat-semangat je...

source:facebook.Afdholul Rahman Che Ani

CARA NK MENEGUR ORANG..



1. Puji dahulu apa kebaikan yang telah dilakukan.
2. Beri cadangan untuk penambahbaikan setiap kesilapan yang dilakukan dengan teguran yang lembut.
3. Memberi keyakinan kepada orang yang di tegur...

SELAMAT BERAMAL...

sumber: assalamualaikum: tv alhijrah

Saturday, March 3

3 Mac 1922.

RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.


Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Thursday, March 1

CAKNA SYRIA~



Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

WE CARE FOR SYRIA

“Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah”
~Together With ISLAM~
~Together With SAHAM~

Manfaatkan Waktu MUDA~

Salah satu azam pada setiap hari bila setiap kali nak kemas beg, adalah nak bawa beg ringan ke sekolah.

Maknanya, berazam supaya dalam beg ada 2 buah buku sahaja Buku tulis dan buku teks nipis . Buku-buku yang perlu sahaja.


buku yang kadang-kadang tak buka langsung pun kt kelas. Konon lah nak baca bila ada waktu senggang. Nak baca time makan ( time makan suka termenung dan main henset pulak)


Betul lah, Allah itu sentiasa menguji.
Uji niat tu betul ke nak belajar.
Ke pergi kuliah sebab orang lain pegi kuliah jugak?
Atau pergi kuliah hanya sebagai memenuhi rutin harian?


Betul lah niat itu bukan sahaja perlu diluruskan,
dibanyakkan ( perbanyakkan niat), diperbaharui
Tetapi niat itu juga seharusnya dihayati
setiap detik dan saat. Sepanjang masa.


dan Belajar itu juga adalah Ibadah.


Apa pun, sikap begini harus dibendung dengan segera.
dan moga aku tak cepat bongkok kerana bawa beg berat-berat.


Masih muda lagi. Masih banyak peluang untuk berbakti kepada dunia
haruslah dipenuhi dengan sebaiknya..

*al faqirah,
ipg kota bharu~

Sunday, February 26

Kenapa awak sombong sangat?


Hari ni aku "leka"... "leka" dengan assignment. Sampai tak sempat aku nak layan FB macam biasa waktu petang-petang nih.. entah macam mana tergerak pula hati aku nak bukak FB. tengok-tengok je ada 1 mesej..



message inbox (1 new)

salam..azzam, awak sombong ea sekarang.. kenapa awak menjauhkan diri dari saya? awak dah jarang mesej saya, awak dah tak selalu chat dengan saya. kenapa? saya ade buat salah pada awak ke?awak benci sangat ke kat saya? atau awak dah tak nak kawan dengan saya lagi?


FROM : hawa

Ahh hati aku mula dihinggapi perasaan serba salah..terasa bagai ada satu beban yang menghempap kepala ku. Jari jemari terasa bagai kaku untuk menaip. Aku tak tahu apa yang harus aku balas. Akal mula ligat berfikir. setelah beristighfar berkali-kali, ketenangan mula aku kecapi..

aku mula menaip...

hawa, maafkan saya, saya bukan tak nak kawan dengan awak lagi, sungguh saya pun tak pernah ade niat langsung nak ada rasa benci kat diri awak, awak baik kat saya, sepanjang kita kawan kita selalu je kan gembira, memang indah kan. tapi sebenarnya dalam keindahan tu, saya takut, takut sangat-sangat..


hmm...
ok.. biar saya terus terang. saya ni manusia dan awak juga manusia, yang bezanya saya lelaki dan awak perempuan..manusia ada perasaan kan? ok perasaan itu ada pelbagai kan. rasa marah, rasa suka, gembira, tapi satu perasaan ni yang saya takut..satu perasaan yang sememangnya wujud dalam diri manusia sebab ianya fitrah. Perasaan yang kita panggil Cinta. saya lelaki dan awak perempuan.. awak manusia dan saya juga manusia..saya takut kemesraan tu berubah menjadi perasaan Cinta.


Adalah normal bagi saya dan bagi awak juga saya rasa bila seseorang itu dah bermesra dengan kita, dah rapat dengan kita walaupun atas landasan "Kawan" rasa Cinta itu akan timbul. kan? sebab saya laki, awak perempuan. cuba awak andaikan awak magnet kutub selatan dan saya magnet kutub utara..bila didekatkan pasti bercantum kan? tapi itu magnet, kita manusia ! kita tak boleh "bercantum" kecuali dengan akad nikah. sungguh jauh bukan perjalanan kita untuk menuju "nikah" itu?

secara logiknya tak salahkan kita bermesra berdua-duan dalam chat box ke YM ke kan. tapi kita muslim bukan? bukan semua benda kita boleh ikut pada logik akal kerana kita terikat dengan agama, terikat dengan peraturan yang ditetapkan agama. bila kita chat berdua, awak pasti tahu kan siapa jadi orang ketiga? kalau awak masih ragu-ragu biar aku beritahu jawapanya.. jawapannya Syaitan !



"Apabila seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita (yang bukan muhrimnya) maka syaitan adalah yang ketiga di antara mereka"( Hadis Riwayat Tirmizi)


Maaf.. masih banyak lagi assignment yang harus saya siapkan.saya harap awak memahami apa yang cuba saya sampaikan.. saya baru sedar tentang silap kita selama ini. awak, masih ramai kaum sejenis awak yang berganda-ganda lebih baik dari diri saya untuk dijadikan kawan.. so, jaga diri..


sedarlah seberapa rapatnya ikatan persahabatan bukan di ukur seberapa banyaknya bermesej atau berchatting.. tetapi alangkah indahnya jika ia diukur dengan seberapa banyaknya nama seorang sahabat itu disebut dalam setiap doa-doa kita kepadaNya



kalau lah dirimu yang memberi yang memberi daku udara untuk bernafas. Dirimu yang memberi daku nyawa untuk hidup didunia ni..daku pasti mencintaimu.. tapi tolong sedar sedar.. kita ni bukan siapa-siapa di dunia ni.. kita hambaNya, hamba kepada Pemberi udara untuk kita benafas, Pemberi segala-galanya yang yag kita miliki.. jadi aku tak sanggup melanggar perintahNy
a..



daku lelaki,
iman ku bagai tembok yang rapuh,
bila-bila masa sahaja mampu roboh,
please jangan terlalu baik padaku,
aku takut hatiku ku terpaut padamu,
please jangan terlalu "sweet" padaku,
aku takut akan selalu merinduimu,
please janganlah terlalu mengambil berat padaku,
aku takut aku akan terlalu mencintaimu...


wassalam.
semoga Allah memberkatimu....

SENT~
aku harap kau mengerti hawa..

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat
(QS. An-Nuur: 30)


" Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya. "( Hadis Riwayat Ahmad & Tabrani )

Saturday, February 18

Kenapa jadi begitu?



"boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu . ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)



Allah tak bagi semua yang kita minta,
Walaupun kita ini berusaha untuk taat kepada-Nya dalam banyak perkara,
Tetap kita tidak dapat semua yang kita minta.


Kenapa jadi begitu?
Kerana Allah selalu bagi yang perlu sahaja untuk kita.
Boleh jadi apa yang kita minta itu akan lebih merosakkan diri kita,
Maka Allah tidak bagi apa yang kita minta itu kepada kita.
Dia gantikan sesuatu yang lebih baik yang mungkin kita rasa macam tak ada apa dan kita pun mungkin kurang suka, tetapi perkara itu telah banyak membantu kita hari ini.



‎


Thursday, February 16

Perlukah Berkira DgnNya??..

Kita ni, sebelum nak kira banyaknya terasa hati kita dengan manusia-manusia yang ada di sekeliling kita, kita hitunglah dulu keadaan diri kita dengan Allah.

Kalau nak dihitung, banyak kali lagi kita dah buat Allah terasa dengan kita, tetapi kita buat tak peduli saja. Kita tak jaga perintah-perintahnya, solat kita sengaja lewatkan, maksiat pun jadi kebiasaan, Quran pun jarang-jarang belek.

Kemudian, bila ada masalah dengan manusia, kita pertikaikan pula manusia itu. Kononnya tak ambil berat tentang kitalah, dia abaikan kita.

Come on, .
Kira dulu berapa banyak kali kita dah buat Allah terasa hati (murka) dengan kita, dengan amal-amal kita kepada-Nya yang kita buat sambil lewa dan cincai saja.

Kira dulu berapa banyak kali dalam pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dalam hidup, kita telah abaikan Allah s.w.t.

Kita tak jaga hak Allah, maka tak hairanlah kalau kita ni banyak tenggelam dalam perasaan busuk sesama manusia. Kalau ikutkan hebatnya kuasa Allah, Allah boleh buat apa saja dengan kelalaian dan sikap sambil lewa kita itu. Tetapi Allah tak buat semua itu sekarang, Dia tangguhkan dulu balasan hingga ke hari akhirat.




Dia beri lagi peluang kepada kita.

Tetapi kita, jarang sungguh fikir sudah berapa banyak kali kita dah buat Allah marah dengan kita. Kita lebih suka fikir dan bermain dengan perasaan terluka kita dengan manusia. Perasaan tak puas hati kita dengan layanan manusia.

Kalau nak kira banyak kalinya kita dah buat Allah terasa, kita ini sebenarnya tak layak pun untuk ungkit-ungkit urusan terasa hati kita dengan layanan manusia di sekeliling kita. Sebab kita dah buat Allah banyak kali terasa hati dengan kita, tetapi kita tak pernah nak ungkit pun tentang hal ni dalam diri kita.

*untuk insan hina ini juga..
Please, perbaikilah ini.
Sebelum apapun, jagalah hak Allah dulu, nanti Allah akan jaga hak kamu.


ALLAH give the best for US!





ketika kita meminta matahari
ALLAH berikan hujan

ketika kita meminta hujan
ALLAH berikan matahari

tapi kadangkala
Manusia itu ada sahaja yang tidak kene

meminta itu
meminta ini
Bila tiba masanya baru manusia itu sedar
Allah memberikan jalan yang terbaik untuk hambanya :)

p/s :semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambanya yang bersyukur.Insya'allah! :)

Saturday, February 4

Salam Maulidur Rasul buat seluruh ummat Muhammad S.A.W.




♥ Rasulullah S.A.W. tauladan Sepanjang Zaman... ♥
Secebis kisah buat renungan...

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.

Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih syg yang ada pada baginda.

Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ?

Sekalipun airmata mengalir hanya dengan membaca kisah ini, masih juga kita tidak mampu membalas tiap pengorbanan yang telah baginda lakukan buat ummat-ummatnya.

Muhasabahlah diri, moga dengan setulus ingatan dan selawat ke atas baginda, bisa meluahkan rasa kasih sayang yang ingin kita curahkan pada Rasulullah S.A.W.

Dan doakan agar kita akan bersamanya di Syurga Allah nanti... aamiin Ya Allah.

[CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.]

Buat shbt2 yg ingin terus berkongsi.. sebarkan.. moga manfaat yg indah ini mnjd pedoman dan tauladan buat kita.. Insyaallah.

~ Subhanallah... so sweet.. :) ~



Sudah sampai Mafraq.
Ada benda saya minta, Allah tak bagi.
Banyak benda saya tak minta, Allah beri dan beri.

Hidup ini adalah hubungan kepercayaan kita kepada Allah. Tanpa hubungan itu, kita sama sahaja seperti mati.
----------------------
Bercinta dengan Allah.
Ada masa merajuk-rajuk la sikit.
Tapi Allah selalu pandai pujuk.
HikmahNya luas.

Sunday, January 29

Soal Jawab brsama UAI..;)


Soal Jawab brsama UAI..;)




 1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. 
rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa. Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):BF: U malam2 pakai baju apa?GF: I malam2 baju kelawar.BF: I kelawar jugak.

 2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?-
 Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan. Perumpamaan perempuan oleh UAI: "Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah." Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan. 

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat
.- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin. 

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. 
Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

 5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?- Tak wajib buat pembedahan semula- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang. 

6. Pegang tafsir Quran masa haid- 
Boleh. 

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?- 
Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

 8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.- diterima, sebab kita dah sembahyang.Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu. 

9. Apa hukum tak bayar tol?-
 Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar. 

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah. 

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat. UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam." 

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan. 

13. Suami jenis ungkit
.- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia. UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain." UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

 14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim. 

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

 16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang. 

17. Hukum doa fb
.- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala. 

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

 19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah. 

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah. 

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

 22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati. 

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima

. 24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? 
Tak dapat. 

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.

Saturday, January 28

Tips Kahwin Awal!!..;)

Tips buat sahabat berhajat kahwin awal: 



1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
..^_^

Friday, January 27

KEKASIH ALLAH




Ayuh berselawat kpd Rasulullah saw..


اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ 



Ya Rasulullah,
Kekasih ALLAH……
Kekasih yang tiada bandingan…..
Kekasih sejati…..
hanya engkau ya Rasulullah.

Ya Rasulullah,
peribadimu tidak mampu kami miliki…..
akhlakmu tidak mampu kami tandingi…..
kasih sayangmu pada umatmu tidak mampu kami ikuti…..
pengorbananmu tidak mampu kami jejaki…..
kerana kami hanya insan biasa.

Ya Rasulullah,
tak termampu kami untuk mengikuti jejak langkahmu…..
yang sanggup berkorban apa saja….
demi menegakkan syiar islam…..
sesungguhnya kami insan kerdil…..
terima kasih ya Rasulullah…..
kerana menyayangi umatmu……
hingga ke akhir hayatmu.

Ya Rasulullah,
Kekasih ALLAH…..
akhlakmu mulia……
peribadimu mempesonakan……
jujurmu menambat hati……
sehinggakan kau di gelar Al- Amin……
keperibadian dan kejujuran yang kau miliki……
menambat hati seorang hartawan lagi dermawan…..
Saidatina Siti Khatijah empunya diri.

Ya Rasulullah,
perjuanganmu menegakkan agama tercinta……
tanpa mengharapkan balasan…..
mampukah kami umat-umatmu…..
di akhir zaman ini mengikut jejak langkahmu…..
“Ya ALLAH bantulah kami hamba-hambaMU yang hina ini untuk meneruskan perjuangan kekasihMU”…..
“Ya ALLAH,sesungguhnya kami rindu akan kekasihMU”….
“Ya ALLAH sesungguhnya kami cinta akan kekasihMU”.

Ya Rasulullah,
kau tetap di hati kami semua……
“Sallallahu ‘Ala Muhammad,Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,
Sallallahu ‘Ala Muhammad,Sallallahu ‘Alaihi Wassalam”….
selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam…..Kekasih ALLAH.



Saturday, January 21

Agenda Israil


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. sila bce note di bawah,,



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Klik "SHARE" dan sebarkan pada Muslim yang lain!

Thursday, January 19

aku dan UjianMu

Dialog dalam diri saya sendiri;



Soalan: Kenapa aku asyik kena bala je ni akhir2 ni? Nasib pun buruk2 je.

Jawapan: Ko jauh dari Tuhan. Ada ko bangun semayang malam? Tade kan? Ko cakap tak serupa bikin. Ko nasihat org, tapi ko tak buat. Ko nak menipu diri ko sendiri?

Soalan: Ahh cis! Bila aku buat pun, apesal aku tetap dapat macam2 ujian?!

Jawapan: Tu bukan ujian, tu kaffarah dosa-dosa ko. Tade manusia maksum dari dosa wlpn sebesar zarah. Jadi jika manusia diuji, tu sbnrnya nak melunturkan dosa-dosa. Bersyukurlah.
Soalan: Argh! Apakah ujian2 dan musibah2 ni baik utk aku?! Bukan ke memudaratkan aku je?!

Jawapan: Ko jangan jadi bodoh. Sebenarnya lebih baik Allah balas dosa-dosa yang ko penah buat tu dengan dibalas terus masa kat dunia lagi. Kalo dibalas kat akhirat, ko pasti tak tahan direndam dalam api neraka yg bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia.

Soalan: Jadi buat apa aku minta diampunkan dosa-dosa gak kalau nak terus-terusan dibalas camni?!

Jawapan: Allah berkuasa segala. Dia Maha Pengampun, tapi Dia Juga Maha Menghukum. Kadang-kadang dosa-dosa kita diampunkan terus oleh Allah dengan amalan2 soleh, tapi kadang2 dosa-dosa kita diampunkan dengan menerima pembalasan-pembalasan. Janji ianya diampunkan. Ko siapa nak lawan Tuhan? Sedangkan Rasulullah SAW yg maksum pun berkata doa yg terbaik adalah doa minta diampunkan dosa malah Baginda sendiri bertaubat berpuluh kali sehari. Ko siapa nak angkuh sangat dengan Tuhan tanak minta maaf dengan Dia?! Dia nak balas ke, Dia nak ampun ke, kita tak layak nak persoalkan. Kerja kita mohon ampun dan taubat. Kerja dia menerima taubat dan memberi keampunan. Itupun dinilai pula pada keikhlasan dan kesungguhan diri.

Soalan: Apesal ko nak nasihat aku ni?
Jawapan: Sebelum org lain nasihatkan, better diri sendiri yg nasihatkan dan sedar sendiri.

(terdiam dan membiarkan akal waras membuat keputusan)

*Allahu..Allah..siapalah aku untuk mempersoalkan ujian yg kau turunkan utkku...aku hanya hamba selayaknya harus menerima tanpa mempersoalkan sgala yg kau aturkan...:(

Wednesday, January 18

Pandangan DIA,,


Islam kita bukan dinilai pada perkataan-perkataan arab yang nampak islamik,
Bukan pada lafaz 'akhi' ke 'ukhti', 'ana' ke 'enta' ke,
Bukan juga pada 'aku kumpulan tu', 'aku kumpulan ni',

Tidak. Tidak sekali.

Kalau gunapakai lafaz 'akhi' dan 'ukhti' pun,
Kalau gunapakai lafaz 'ana' 'enta' pun,
Kalaupun kita ni dari kumpulan tertentu, kumpulan sekian dan sekian,
Akhlak hodoh peribadi busuk,
Kalimah islamik tak ada nilai apapun.

Hatta, kalau datang dari kumpulan sekian sekian yang hebat setara malaikatpun,
Kalau akhlak kita tak mencerminkan Islam,
Selalu sangka-sangka dan busuk hati,
Tidak ada nilai apapun di sisi Allah.

Allah tak tengok Islam kita dengan hanya cuma kalimah-kalimah itu,
Dan Allah tak nilai Islam kita pada kumpulan mana yang kita duduk itu,
Allah tengok Islam kita pada peribadi dan amal kita.

REFLEKSI DIRI..



Janganlah terlalu bangga kalau mampu bekerja di tempat-tempat hebat yang disediakan oleh sistem sedia ada.

Anda seorang guru di sebuah sekolah kluster ke,
Anda seorang pensyarah di sebuah universiti terkenal di Malaysia ke,
Atau anda seorang wartawan di sebuah stesyen televisyen atau syarikat akhbar terkemuka,
Ataupun anda seorang tokoh politik ke.

Tidak ada apa yang hebat pada semua itu.
Tanya diri kita, 'Dengan semua itu, apa yang aku dah bagi untuk Islam?'
Kalau sudah ada, itu suatu yang bagus. Teruskan dan tingkatkan.
Tetapi kalau tidak ada, tak perlu canang merata, 'aku kerja sini', 'aku kerja situ.'

Esok lusa, Allah tidak tanya pun tempat kerja kita. Biarlah hebat setara mana sekalipun tempat kerja kita itu di mata manusia, kalau Islam tak mampu tumpang, tidak ada nilai satu apapun di depan Allah...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers