Wednesday, June 23

keLApA @ MutiArA..???



khas untuk kaum hawa..


 Apabila kamu berkawan dengan lelaki,




ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang.


Pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya

Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman..

ermm..sama2 kita jaga peribadi sbgai muslimah seperti mutiara yg disebutkan td,
s0,peliharalah diri kita bak mutiara yg tersimpan di lautan n sentiasa diselam n perlu tenggelam..
INSYALLAH  Kita sme2 brusaha kerah keabaikan...



Monday, June 21

Akal,Agama,Malu, Amal

Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah

..~akal, agama, malu dan amal soleh.~..


 = akal boleh hilang disebabkan marah. 
=Agama boleh hilang disebabkan dengki. 
=Malu boleh hilang disebabkan tamak 
= Amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain..

.;;RENUNG2KAN n SElamat BerAMaL;;.

Friday, June 18

insaN brNaMA Ayah..



SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapak, ayah, dady, abah, walid, dad, papa, n lain2..Walau apapun gelaran dan panggilan terhadap golongan ini.. pastinya ada kenangan dan memori untuk dikenang dan diingat oleh mereka yang bergelar anak.
s0, selamat hari bapa kpd Ayah saya yg  telah besarkan saya dan semua adik beradik saya seramai 6 orang dengan penuh kasih sayang dan susah payah. Walaupun mempunyai anak yang ramai tapi kami adik beradik tak pernah kelaparan kerana ayah saya seorang yang rajin bekerja membanting tulang pagi dan petang untuk menyara kami adik beradik. tq abah..
[Kasihnya ibu, membawa ke syurga] 
 [Kasihnya bapa sanggup berkorban apa saja];P




(ni khas untk abah (y0ng bin 0mar)

Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga



Wednesday, June 16

rAmA - rAmA n PeREMPuaN..

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.




Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua


Tuesday, June 1

AYUH BERSAMA2 BERDOA..

..........................بسم الله الرحمن الرحيم..

~DENGAN NAMAMU YA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG~



marilah same2 umat islam berdoa untuk sanak saudara kita yang sedang terseksa dek israil lanaktullah.. 

sy berharap kita sume sdr dan bersepakat untuk membenci dan mengutuk serangan keatas KONVOI FREEDOM FLOTILLA!!! HANCUR ISRAEL!!! HANCUR YAHUDI!!!

kita doakan supaya umat Islam di seluruh dunia terutama di palestin sabar menghadapi ibtila' daripada Allah.Kita doakan supaya Allah hancurkan YAHUDI LAKNATULLAH!!!!!!!!

kte lak sebgai hamba Allah yg kerdil hnya mampu berdoa akn sdare2 kita dsane..ha,satu ag memb0ikot brg2 yahudi yg masi bersepah di negara kita..boikot la stakt yg mampu..insyALLAH..
Cnt0h yg terdekat ngan sy barang2 yahudi ni ialah MILO,sume pr0duct NESTLE,TESC0......
hmmm...nk share gk sal lawan sosial yg hangat skg xlain xbukan facebook kn,
s0,sy nk pr0mote sal laman sosial untuk sume 0rg islam iaitu 

http://millatfacebook.com/

 n 

http://umma-united.com/

j0m la register.. Marilah kita sama-sama join kedua-dua laman ini bagi menyokong usaha bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia.
Sama-sama menyokong usaha umat Islam.....Semoga Islam dijulang tinggi.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers