Monday, July 30

SI SOLEHAH




Dalam meniti usia remaja, memikul sebaris nama ‘Si Solehah’ bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah tugas yang sangat berat. Kalau mahu menjadi wanita biasa, yang tidak ada nilainya, ya.. engkau tidak perlu memikul bebanan ‘Si Solehah’, mudah mengatur cara hidup dan bebas bergerak sana sini tanpa batasan.

Tapi, atas dasar nama ‘Si Solehah’ engkau harus menjadi lain dari yang lain. Peribadimu, perwatakanmu, pakaianmu harus berbeza dengan wanita biasa. Qaniah bukan orang terbaik untuk bercakap mengenai gerangan ‘Si Solehah’. Qaniah juga tidak mampu mengekalkan momentum tarbiyah sebagai seorang ‘Si Solehah’.


Dunia sudah moden, cabaran sana-sini membuatkan kadang-kadang tercalar sebentar peribadi diri. Terikut dengan arus semasa. Pakaian ingin diubah sedikit demi sedikit. Pergaulan dengan lelaki berubah jua.

Di akhir zaman, bertudung litup, berpurdah dipandang kolot. Tidak ada trend, tidak pandai berfesyen. Ya, mungkin ramai yang bertudung , tapi etika bertudung itu harus juga dititik beratkan. Adakah mencapai skala atau etika yang dibenarkan dalam Islam?

‘Si Solehah’, wanita yang sangat unggul. Peribadinya terpuji. Menggeleng sebentar qaniah tatkala menatap diri sendiri. Masih banyak yang koyak.. masih banyak yang perlu ditampal.

Dulu, mungkin di alam sekolah, di alam diri ditarbiyah oleh kakak-kakak, kita kuat. Suasana dan bi’ah itu yang melenturkan kata, tetapi sekali melangkah keluar dari alam itu, suasana hidup berubah. Pergaulan dengan lelaki menjadi longgar. Arghh. Entah, sukar untuk qaniah gambarkan dunia yang penuh mencabar ini.

Beruntunglah jiwa-jiwa yang mampu menjadi ‘Si Solehah’ di akhir zaman ini. Kalian jiwa-jiwa yang suci. Susuk tubuh yang terpuji. Subhanallah, moga qaniah diketemukan dengan insan-insan ‘Si Solehah’ ini supaya menjadi pembakar kepada diri untuk terus istiqamah dalam menjadi muslimah sejati. Amin …

*****

            ‘Si Solehah’ bukan sekadar cantik di luaran, bahkan cantik dalamannya. Jangan biarkan diri kita hipokrit. Bertudung litup di hadapan semua, berperibadi mulia hanya di luaran, tapi dalaman kita kotor.

            Qaniah akui, wujud benda ini. Jangan bohong. Qaniah sendiri merasa getaran ‘Si Solehah’ itu adalah getaran yang sangat hebat. ‘Si Solehah’ yang sebenar ibadahnya, dirinya hanya hebat untuk Allah.

            Cuba kita lihat diri kita, kita bertudung labuh, tetapi kadang-kadang ibadah kita tidak ambil kisah. Solat lambat, jarang baca quran. Tidak ada nilai jika hanya luarannya tampak Islamik tetapi di dalamnya kita jahil ilmu agama dan rasa ketuhanan kepada Allah. Nauzubillah.

            Wahai jiwa-jiwa yang kepingin bergelar ‘Si Solehah’, sama-sama kita tegakkan Islam dalam diri kita. Runtuhkan nafsu yang membelenggu. Hadirkan Allah dan Rasul di hati.

            Moga Allah permudahkan urusan kita untuk bergelar ‘ Si Solehah’


Saturday, July 14

ahalan wasahlan RAMADHAN KAREEM..



Assalamualaikum WRT WBT

Ape khabar adik-adik dan rakan seperjuangan semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan didoakan sentiasa berada dalam rahmah Allah Taala.

Dengan izin Allah,insyaAllah minggu depan  kita berpeluang lagi menyambut kedatangan Ramadhan Kareem. Kita berada dalam golongan yang beruntung, kita masih diberi nikmat Iman dan Islam, kita masih berpeluang bertemu semula dengan bulan yang penuh barakah ini. Syukur alhamdulillah.

Dengan kedatangan Ramadhan, semoga kita semua mengambil kesempatan yang hanya 30 hari ini. Kalau difikirkan semula, 4 kali hari jumaat sahaja. Tak lama masa tu adik-adik.

Bila sebut bulan Ramadhan, kita selalu teringat ibadah puasa, solat tarawikh dan raya. Tapi kebanyakkan dari kita tidak sedar bahawa Ramadhan adalah lebih dari itu.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);

Allah sebenarnya memberi kita peluang free free je untuk dapatkan pahala. Ape taknye adik-adik, dengan berpuasa sahaja kita dapat pahala. Baca Quran satu huruf pun dapat pahala Allah bagi berganda-ganda time Ramadhan ni. Ada pula solat Tarawikh yang mana terlalu istimewa untuk dikerjakan pada bulan selain Ramadhan. Pada malam hari pula, Allah seolah-olah bagi free pahala melimpah ruah pada mereka yang bangun qiam. Subahanallah adik-adik, takkan kita nak lepaskan peluang ni mcm tu sahaja.

Kalau kita nak lihat diri kita yang sebenarnya, pada bulan Ramadhan lah kita boleh tengok. Diri kita ini tidak dipengaruhi bisikan Syaitan. Jadi kalau kita buat amal baik, alhamdulillah. Lagi best kalau time Ramadhan ni, hati kite semakin tergerak untuk mengerjakan LEBIH ibadah dari biasa.

Tetapi alangkah ruginya mereka yang mengerjakan maksiat dan dosa pada bulan ni. Kerana itulah diri mereka. Bila syaitan tak bisik suruh buat jahat pun, die buat jugak. Ha, mcmane tu adik-adik? Adakah mereka ini sudah terlalu biasa melakukan dosa sehingga sudah menjadi tabiat? Renungkanlah adik-adik. Tepuk dada, tanya Iman.

Adik-adik yang akak sayangi, janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Gunakahlah sebaiknya masa Ramadhan ini, kerana kita tak boleh jamin kita dapat bertemu dengannya semula selepas ini. Janganlah nnt bila dah terlambat baru kita menyesal.

Selamat menyambut bulan Ramadhan adik-adik. Carilah pengampunan dari Allah. Beribadahlah untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semoga tahun ini kita tak rugi lagi.

Wednesday, July 11

ape sumbangan aku..??


apa sumbanganku seharian untuk islam??..
kata seorang murabbi, nk dapat hasil yg luar biasa, harus bekerja secara luar biasa,
tapi, aku makan sama je dengan orang lain,
tidur sama je dengan orang lain,
rehat sama je dengan orang lain,
selalu memikirkan masalah keduniaan,
yg amalan membawa ke akhirat entah kemana,
hanya pentingkan kepengtingan diri,
kepentingan agama bukan number sa2,
fikir masalah rezeki, jodoh, harta, kawan n sebagainya,
sehinggakan amalan untk dekat dengan pencipta, syg akan KekasihNya..
semakin hari semakin menurun,
Ya Allah , jgan engkau lalaikan diriku dalam kema'siatan,
sedarkan diriku, disaat ku menyangka ku sudah melalukan kebaikkn,
akan tetapi dosa terhadap Mu kian meningkat.. Allahhurabbi...
ASTAGHFIRULLAH HAL A'ZIM....

9 hari lagi nak menuju Ramadhan 1433h.AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN KARIM

Sunday, July 8

Bina DIRI:"Jangan cepat putus asa , sahabat !


kalau terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah kisah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda dihina, diherdik, malah ingin dibunuh, tetap tabah dan kuat dalam langkah ini. Baginda lagi hebat diduga, lagi dasyat diuji. Nak dibandingkan dengan kita takkan pernah terbanding. )=

Kalau terasa putus asa dalam langkah, ingatlah kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Ingatlah kisah tauladan dari mujahadah-mujahadah Islam. Jangan mudah futur, jangan! Sekali tersadung, bangkitlah, bangkit dengan semangat yang baru! 

Anak kecil yang baru bertatih tahu untuk kembali bangun, apatah lagi kita yang sudah pandai untuk berlari.

Kita mahu syurga yang hebat, kita mahu kejayaan yang mantap-mantap, tapi tanya pada diri sendiri, apa cukup usaha yang kita lakukan? 
Muhasabah. 


Dating kat situ jom! Sambil tadabbur alam, subhanallah (=

"Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah." 
(Surah Al-Kahfi, 31)

nota : Dunia bukan tempat rehat. Bila kaki dah melangkah masuk syurga, itulah saat bermula rehat yang berpanjangan. Allahuakbar. ('=

Followers