Sunday, February 26

Kenapa awak sombong sangat?


Hari ni aku "leka"... "leka" dengan assignment. Sampai tak sempat aku nak layan FB macam biasa waktu petang-petang nih.. entah macam mana tergerak pula hati aku nak bukak FB. tengok-tengok je ada 1 mesej..



message inbox (1 new)

salam..azzam, awak sombong ea sekarang.. kenapa awak menjauhkan diri dari saya? awak dah jarang mesej saya, awak dah tak selalu chat dengan saya. kenapa? saya ade buat salah pada awak ke?awak benci sangat ke kat saya? atau awak dah tak nak kawan dengan saya lagi?


FROM : hawa

Ahh hati aku mula dihinggapi perasaan serba salah..terasa bagai ada satu beban yang menghempap kepala ku. Jari jemari terasa bagai kaku untuk menaip. Aku tak tahu apa yang harus aku balas. Akal mula ligat berfikir. setelah beristighfar berkali-kali, ketenangan mula aku kecapi..

aku mula menaip...

hawa, maafkan saya, saya bukan tak nak kawan dengan awak lagi, sungguh saya pun tak pernah ade niat langsung nak ada rasa benci kat diri awak, awak baik kat saya, sepanjang kita kawan kita selalu je kan gembira, memang indah kan. tapi sebenarnya dalam keindahan tu, saya takut, takut sangat-sangat..


hmm...
ok.. biar saya terus terang. saya ni manusia dan awak juga manusia, yang bezanya saya lelaki dan awak perempuan..manusia ada perasaan kan? ok perasaan itu ada pelbagai kan. rasa marah, rasa suka, gembira, tapi satu perasaan ni yang saya takut..satu perasaan yang sememangnya wujud dalam diri manusia sebab ianya fitrah. Perasaan yang kita panggil Cinta. saya lelaki dan awak perempuan.. awak manusia dan saya juga manusia..saya takut kemesraan tu berubah menjadi perasaan Cinta.


Adalah normal bagi saya dan bagi awak juga saya rasa bila seseorang itu dah bermesra dengan kita, dah rapat dengan kita walaupun atas landasan "Kawan" rasa Cinta itu akan timbul. kan? sebab saya laki, awak perempuan. cuba awak andaikan awak magnet kutub selatan dan saya magnet kutub utara..bila didekatkan pasti bercantum kan? tapi itu magnet, kita manusia ! kita tak boleh "bercantum" kecuali dengan akad nikah. sungguh jauh bukan perjalanan kita untuk menuju "nikah" itu?

secara logiknya tak salahkan kita bermesra berdua-duan dalam chat box ke YM ke kan. tapi kita muslim bukan? bukan semua benda kita boleh ikut pada logik akal kerana kita terikat dengan agama, terikat dengan peraturan yang ditetapkan agama. bila kita chat berdua, awak pasti tahu kan siapa jadi orang ketiga? kalau awak masih ragu-ragu biar aku beritahu jawapanya.. jawapannya Syaitan !



"Apabila seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita (yang bukan muhrimnya) maka syaitan adalah yang ketiga di antara mereka"( Hadis Riwayat Tirmizi)


Maaf.. masih banyak lagi assignment yang harus saya siapkan.saya harap awak memahami apa yang cuba saya sampaikan.. saya baru sedar tentang silap kita selama ini. awak, masih ramai kaum sejenis awak yang berganda-ganda lebih baik dari diri saya untuk dijadikan kawan.. so, jaga diri..


sedarlah seberapa rapatnya ikatan persahabatan bukan di ukur seberapa banyaknya bermesej atau berchatting.. tetapi alangkah indahnya jika ia diukur dengan seberapa banyaknya nama seorang sahabat itu disebut dalam setiap doa-doa kita kepadaNya



kalau lah dirimu yang memberi yang memberi daku udara untuk bernafas. Dirimu yang memberi daku nyawa untuk hidup didunia ni..daku pasti mencintaimu.. tapi tolong sedar sedar.. kita ni bukan siapa-siapa di dunia ni.. kita hambaNya, hamba kepada Pemberi udara untuk kita benafas, Pemberi segala-galanya yang yag kita miliki.. jadi aku tak sanggup melanggar perintahNy
a..



daku lelaki,
iman ku bagai tembok yang rapuh,
bila-bila masa sahaja mampu roboh,
please jangan terlalu baik padaku,
aku takut hatiku ku terpaut padamu,
please jangan terlalu "sweet" padaku,
aku takut akan selalu merinduimu,
please janganlah terlalu mengambil berat padaku,
aku takut aku akan terlalu mencintaimu...


wassalam.
semoga Allah memberkatimu....

SENT~
aku harap kau mengerti hawa..

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat
(QS. An-Nuur: 30)


" Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya. "( Hadis Riwayat Ahmad & Tabrani )

Saturday, February 18

Kenapa jadi begitu?



"boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu . ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)



Allah tak bagi semua yang kita minta,
Walaupun kita ini berusaha untuk taat kepada-Nya dalam banyak perkara,
Tetap kita tidak dapat semua yang kita minta.


Kenapa jadi begitu?
Kerana Allah selalu bagi yang perlu sahaja untuk kita.
Boleh jadi apa yang kita minta itu akan lebih merosakkan diri kita,
Maka Allah tidak bagi apa yang kita minta itu kepada kita.
Dia gantikan sesuatu yang lebih baik yang mungkin kita rasa macam tak ada apa dan kita pun mungkin kurang suka, tetapi perkara itu telah banyak membantu kita hari ini.





Thursday, February 16

Perlukah Berkira DgnNya??..

Kita ni, sebelum nak kira banyaknya terasa hati kita dengan manusia-manusia yang ada di sekeliling kita, kita hitunglah dulu keadaan diri kita dengan Allah.

Kalau nak dihitung, banyak kali lagi kita dah buat Allah terasa dengan kita, tetapi kita buat tak peduli saja. Kita tak jaga perintah-perintahnya, solat kita sengaja lewatkan, maksiat pun jadi kebiasaan, Quran pun jarang-jarang belek.

Kemudian, bila ada masalah dengan manusia, kita pertikaikan pula manusia itu. Kononnya tak ambil berat tentang kitalah, dia abaikan kita.

Come on, .
Kira dulu berapa banyak kali kita dah buat Allah terasa hati (murka) dengan kita, dengan amal-amal kita kepada-Nya yang kita buat sambil lewa dan cincai saja.

Kira dulu berapa banyak kali dalam pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dalam hidup, kita telah abaikan Allah s.w.t.

Kita tak jaga hak Allah, maka tak hairanlah kalau kita ni banyak tenggelam dalam perasaan busuk sesama manusia. Kalau ikutkan hebatnya kuasa Allah, Allah boleh buat apa saja dengan kelalaian dan sikap sambil lewa kita itu. Tetapi Allah tak buat semua itu sekarang, Dia tangguhkan dulu balasan hingga ke hari akhirat.




Dia beri lagi peluang kepada kita.

Tetapi kita, jarang sungguh fikir sudah berapa banyak kali kita dah buat Allah marah dengan kita. Kita lebih suka fikir dan bermain dengan perasaan terluka kita dengan manusia. Perasaan tak puas hati kita dengan layanan manusia.

Kalau nak kira banyak kalinya kita dah buat Allah terasa, kita ini sebenarnya tak layak pun untuk ungkit-ungkit urusan terasa hati kita dengan layanan manusia di sekeliling kita. Sebab kita dah buat Allah banyak kali terasa hati dengan kita, tetapi kita tak pernah nak ungkit pun tentang hal ni dalam diri kita.

*untuk insan hina ini juga..
Please, perbaikilah ini.
Sebelum apapun, jagalah hak Allah dulu, nanti Allah akan jaga hak kamu.


ALLAH give the best for US!





ketika kita meminta matahari
ALLAH berikan hujan

ketika kita meminta hujan
ALLAH berikan matahari

tapi kadangkala
Manusia itu ada sahaja yang tidak kene

meminta itu
meminta ini
Bila tiba masanya baru manusia itu sedar
Allah memberikan jalan yang terbaik untuk hambanya :)

p/s :semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambanya yang bersyukur.Insya'allah! :)

Saturday, February 4

Salam Maulidur Rasul buat seluruh ummat Muhammad S.A.W.




♥ Rasulullah S.A.W. tauladan Sepanjang Zaman... ♥
Secebis kisah buat renungan...

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.

Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih syg yang ada pada baginda.

Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ?

Sekalipun airmata mengalir hanya dengan membaca kisah ini, masih juga kita tidak mampu membalas tiap pengorbanan yang telah baginda lakukan buat ummat-ummatnya.

Muhasabahlah diri, moga dengan setulus ingatan dan selawat ke atas baginda, bisa meluahkan rasa kasih sayang yang ingin kita curahkan pada Rasulullah S.A.W.

Dan doakan agar kita akan bersamanya di Syurga Allah nanti... aamiin Ya Allah.

[CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.]

Buat shbt2 yg ingin terus berkongsi.. sebarkan.. moga manfaat yg indah ini mnjd pedoman dan tauladan buat kita.. Insyaallah.

~ Subhanallah... so sweet.. :) ~



Sudah sampai Mafraq.
Ada benda saya minta, Allah tak bagi.
Banyak benda saya tak minta, Allah beri dan beri.

Hidup ini adalah hubungan kepercayaan kita kepada Allah. Tanpa hubungan itu, kita sama sahaja seperti mati.
----------------------
Bercinta dengan Allah.
Ada masa merajuk-rajuk la sikit.
Tapi Allah selalu pandai pujuk.
HikmahNya luas.

Followers