Friday, March 30


Ruginya manusia yang menghabiskan umurnya dengan isu cinta lelaki perempuan saja,
Umur kita sudahlah tidak lama atas dunia ini,
Kita sudah menyekat dan membazirkan manfaat umur kita,
Bila hanya perkara-perkara itu yang jadi 'zikir' harian diri.

Panjang umur ini,
Biarlah diisi dengan sesuatu yang bermanfaat hatta hingga selepas kita mati...


crdit to   http://www.facebook.com/afdholul 
*refleksi diri..moga dpelihra iman yg sering brtmbh n brkurang ini..

Thursday, March 15

SYRIA - Assad Layak Dapat Lebih Buruk drpd Gaddafi

Ya ALLAH! Berikanlah kemenangan buat ummat Islam di Syria dan di Palestin. Jika Dikau tidak mengasihani kami yg berdoa ini mungkin kerana dosa-dosa kami yang banyak membelenggu diri kami, Kau kasihanilah Ya Allah kanak-kanak suci yang telah kehilangan ayah bonda. Berilah kemenangan buat mereka Ya Rabb!” 


"Assad telah membunuh begitu banyak orang dan ia layak mendapat nasib buruk lebih dari Gaddafi," kata Ammar al-Wawi, salah satu pemberontak Syria yang sekarang bertindak sebagai komando Tentera Pembebasan Suriah (FSA).

Dan meskipun fakta bahwa FSA hanya dipersenjatai dengan Kalashnikov dan pistol, dan berada pada kerugian besar kerana terpaksa melawan kereta kebal dan meriam militer Bashar al-Assad, Wawi mengatakan dia yakin presiden Syria tersebut akan jatuh.

"Revolusi Syria melawan (kekuatan kolonial) Perancis memerlukan 10 tahun dan Palestin telah berjuang melawan Israel sejak 1948, tetapi kemenangan revolusi akan datang ketika orang memutuskan untuk mengakhiri rejim, ujar Wawi

Mantan tentera Syria ini mengatakan bahawa mereka tak memerlukan masyarakat internasional, lantas mengatakan para pemimpinnya "tidak memiliki etika dan selalu mendukung para diktator."

Mengacu kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Presiden terguling Mesir Hosni Mubarak dan mantan presiden Tunisia Zine el Abidine Ben Ali, ia berpendapat bahwa semua diktator menggunakan taktik menakut-nakuti yang sama dengan masyarakat dunia.

"Tapi itu semua bohong."

Sebaliknya, dia mendakwa bahawa rejim Syria didukung melakukan tindakan keras oleh unsur-unsur pasukan keamanan dari Iran, milisi Hizbullah dari gerakan Syiah Lebanon dan pendukung ulama radikal Syiah Irak Moqtada al-Sadr .

Wawi menuduh rejim Assad mulai menggunakan agama untuk membahagi negara ini, yang majoriti penduduknya adalah Muslim Sunni.

Namun Wawi menegaskan Syria tidak akan berubah menjadi Iraq yang lain, di mana invasi pimpinan AS tahun 2003 mencetuskan pemberontakan Arab Sunni yang berubah menjadi pertumpahan darah sektarian pada tahun 2006 dan 2007 di mana puluhan ribu orang meninggal.

"Di Syria, kita tidak membayangkan akan adanya perang saudara sektarian kerana semua rakyat Syria menginginkan hal yang sama, Jatuhnya Assad!"




sumber: 
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/komandan-fsa-assad-layak-mendapat-nasib-lebih-buruk-dari-gaddafi.htm

Thursday, March 8

SEMANGAT!!


Bila buat muhasabah, jangan buat muhasabah atas angin je.
Muhasabah atas angin ni takkan ke mana.
Sekadar rancang-rancang gitu je.

"Aku dah banyak buang masa semalam. Main game je kerja. Hari ni, aku nak kena isi masa betul-betul."

"Kenapalah aku fail dalam periksa sem lepas? Aku nak kena buat bersungguh-sungguh sem ni."

Ya.
Awal-awal memang kita bersemangat.
Dalam kepala tu, banyak je idea-idea untuk gerakkan semangat baru kita tu.

Tetapi, semangat je tak cukup.
Bergerak dengan semangat, biar diiringi dengan kesungguhan kita mengenalpasti kelemahan lalu.
Antara punca kenapa gagal untuk perbaiki prestasi di hari baru, adalah kerana kita tidak kenalpasti di mana kelemahan kita pada hari yang lepas.

Kita 'tangkap muat' semua sekali sebab nak cepat.
Habis terlupa analisis mana satu kelemahan, mana satu kekuatan.

Rilek-rilek la. Perlahan-lahan. Sikit-sikit.
Orang nak repair paip pun, kena tahu masalah apa jadi pada paip itu. Bocor ke, berkarat ke, dah haus ke. Bukan datang-datang, terus cabut paip begitu sahaja, lepas tu ganti yang baru.

Silap haribulan, rosak bukan pada paip besar tu. Mungkin pada skru kecil saja, siapa tahu?

Sebab tu, pentingnya kenalpasti kelemahan kita.
Jangan main semangat-semangat je...

source:facebook.Afdholul Rahman Che Ani

CARA NK MENEGUR ORANG..



1. Puji dahulu apa kebaikan yang telah dilakukan.
2. Beri cadangan untuk penambahbaikan setiap kesilapan yang dilakukan dengan teguran yang lembut.
3. Memberi keyakinan kepada orang yang di tegur...

SELAMAT BERAMAL...

sumber: assalamualaikum: tv alhijrah

Saturday, March 3

3 Mac 1922.

RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.


Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Thursday, March 1

CAKNA SYRIA~



Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

WE CARE FOR SYRIA

“Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah”
~Together With ISLAM~
~Together With SAHAM~

Manfaatkan Waktu MUDA~

Salah satu azam pada setiap hari bila setiap kali nak kemas beg, adalah nak bawa beg ringan ke sekolah.

Maknanya, berazam supaya dalam beg ada 2 buah buku sahaja Buku tulis dan buku teks nipis . Buku-buku yang perlu sahaja.


buku yang kadang-kadang tak buka langsung pun kt kelas. Konon lah nak baca bila ada waktu senggang. Nak baca time makan ( time makan suka termenung dan main henset pulak)


Betul lah, Allah itu sentiasa menguji.
Uji niat tu betul ke nak belajar.
Ke pergi kuliah sebab orang lain pegi kuliah jugak?
Atau pergi kuliah hanya sebagai memenuhi rutin harian?


Betul lah niat itu bukan sahaja perlu diluruskan,
dibanyakkan ( perbanyakkan niat), diperbaharui
Tetapi niat itu juga seharusnya dihayati
setiap detik dan saat. Sepanjang masa.


dan Belajar itu juga adalah Ibadah.


Apa pun, sikap begini harus dibendung dengan segera.
dan moga aku tak cepat bongkok kerana bawa beg berat-berat.


Masih muda lagi. Masih banyak peluang untuk berbakti kepada dunia
haruslah dipenuhi dengan sebaiknya..

*al faqirah,
ipg kota bharu~

Followers