I made this widget at MyFlashFetish.com.

Hidayah dan petunjuk tu bukan hak milik orang yang belajar agama. Bukan juga milik mereka yang memakai kopiah dan tudung labuh. Tapi milik Allah. Maka, siapa sahaja berhak untuk minta ia daripada Allah. Tidak kira anda lulusan mana, belajar apa, siapa anda sekarang. Hatta pencuri dan penzina sekalipun berhak untuk mohon ampun dan taubat serta hidayah daripada Allah...Syukurlah bagi hamba yang diketuk oleh HidayahNya..

Saturday, May 19

MATA GERGAJI

MATA GERGAJI [Tafakur ]

Seorang pemuda begitu gigih menggergaji sebatang pokok besar. Tidak terkira peluh yang membasahi bajunya. Masa terus berlalu, pokok itu masih tidak tumbang. Kelihatan pemuda itu masih punya semangat yang membara tapi tidak pasti adakah semangatnya akan terus membara.

Tiba-tiba datang kawannya lalu berkata kepadanya :

"Mengapa tidak kau berehat sebentar dan asah mata gergaji supaya lebih tajam lalu sambung semula menggergaji ?"

Kata pemuda itu :

"Aku tidak punya masa untuk berehat selagi pokok ini tidak tumbang !"


…………………………………………………………………………….

Musim peperiksaan adalah masa untuk kita bertungkus-lumus menelaah pelajaran yang masih belum hadam. Namun begitu, kita perlu bijak merancang dan menyusun jadual study kita supaya lebih sistematik dan efisyen.

Waktu yang sepatutnya kita tidur maka tidurlah bagi memenuhi hak tubuh kita. Begitu juga dengan waktu untuk kita makan, beriadah dan waktu kita solat bermunajat kepada Allah.

"Asah mata gergaji anda dan sambung kerja yang tersisa"

Berehat tidak bermakna buang masa tetapi jadikannya suatu proses mengasah daya fokus yang telah tumpul dan teruskan melangkah untuk sebuah kemenangan yang terancang !

Selamat menempuhi peperiksaan dengan jayanya !

Tuesday, May 15

‎(lagi Isu Palestin-Nakbah Palestin)

 

Hadith Nabi s.a.w menyatakan, “Siapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan umat islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka ( orang islam ).” 


{ Gambar : Hari Memperingati NAKBA - 64 yang dibuat oleh HAMAS di Kem Pelarian Shati , Gaza }

Secara rasminya kemuncak peristiwa NAKBAH berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diistiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 64 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini.

Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.

Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” – Imam Ahmad
Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari Rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah?

Petikan dari ,
Teks khutbah disediakan oleh Aqsa Syarif
15 Mei 2012 (Sempena Bulan Naqbah)
Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Monday, May 14

> KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI <<<---


Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab di فاتبعوني

Isu Palestin-Nakbah Palestin

 
Bersama Memperingati Tragedi Nakbah Palestin Yang Kini Hampir 64 Tahun Berlalu. Hak & Maruah Umat Islam Telah Digadaikan Oleh Mereka Tanpa Sekelumit Ehsan..

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Bersama Memperingati Tragedi Nakbah Palestin Yang Kini Hampir 64 Tahun Berlalu. Hak & Maruah Umat Islam Telah Digadaikan Oleh Mereka Tanpa Sekelumit Ehsan..

SAYA POSITIF..^^


Manusia x lari dr salah n silap. tp camne pon, control n mohon pd Allah supaya kita terjaga :)

think positive... maybe setiap pkara yg ssorg buat tu ad sbb (tp blh jd sbbny positif/ negatif) kalo negatif skrg, blh jadi lps tu hasilnye positif.

contohnye..
org bcucuk tanam guna teknologi lama. sekarang kan dh moden. tp mgkin ad yg bpandangn serong skit. diorg ckp, " kenapa x guna je mesin2 moden skrg?"
tapi petani tadi mgkin bg jawapan @ just senyum(x byk komen)..

conclusionnye;
-mungkin ye nk rasa ksusahan org dulu2 brusaha nk bcucuk tanam. bahkn ramai je para bangsawan,alim ulama yg mncul dr hasil tsebut. :)
-atau mgkin ye x mampu nk beli alat canggih
-nk latih sifat sabar skit dalam jiwa dia. mungkin.......................


positif aje...

may Allah bless u :)