Saturday, January 22

Innasolati..Wanusuki..Wamahyaya..Wamamati..LillahiRabbil 'alamin..















seringkali ku baca dalam solat ku....
namun jarang sekali aku duduk...
dan merenung sejenak...
Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam....


walau berulang ku ucap...benarkah segalanya hanya kerana Mu?
solatku...masih sering terganggu...
ibadahku..masih banyak cacatnya...
hidupku...masih belum lurus halanya...
matiku...masih menjadi persoalan...
Benarkah segalanya hanya kerana Mu, ya Allah....


Ya Allah...
ku cuba sedaya nya...
bantu ku dalam mujahadah ku...
Ya Allah...
terimalah...walau masih banyak lagi cacatnya...
terimalah ya Allah....
kepada siapa lagi hendak ku persembahkan semua ini...
semuanya hanya untuk Mu...

Wednesday, January 19

PErLu PeRHatiAn D0A IFTITAH~~


Assalamualaikum...

.Nak kongsi pesanan berkenaan dengan doa iftitah yang kita baca dalam solat. Doa iftitah yang dibaca sebelum al-Fatihah, adalah doa yang sunat dibaca di permulaan solat. Iftitah memberi maksud 'pembuka'. Doa ini mengandungi maksud ayat yang indah sekali untuk kita mengertikan. Kita memuji Allah di permulaan solat sambil menghadapkan wajah kita kepada Dzat yang menciptakan seluruh alam ini.



Harus diingat, kena berhati-hati semasa kita menyebut perkataan musyrikin dan muslimin dalam doa iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan aku bukanlah dari golongan kaum muslimin." Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin' di tempat yang sepatutnya 'muslimin', maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang musyrikin." 

Ohhh nauzubillah
...bahaya tuh..jangan sampai ini terjadi. Kena berhati-hati dalam membaca setiap baris ayat. Sebab itu lah penting untuk kita cuba memahami ayat2 yang dibaca khususnya bacaan di dalam Solat.
 Moga akan ada keberkatan dalam amalan kita.




wallahualam...^_^

Jazakumullah khairan kathiraa



Friday, January 14

TaNgiSaN yG berNilai di sisiNyA~~

Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. 

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. 



Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda 

""bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. "

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: 
"Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Anas r.a berkata: 
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak."" 


Hari ini manusia terus menangis dan menangis, 
tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya 
dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.
Jika orang soleh zaman dahulu menangis 
kerana mengenang nasibnya diakhirat 
tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. 
Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.
Kalau orang soleh takut
berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah,
orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat
Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat
orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya.
tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, 
orang hari ini takut dan lemah hati dalam 
menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. 

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya.

 Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: 
Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban
kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).


marilah sama2 kita  muhasabah diri..


" selama kita hidup ini berapa kalikah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan?
berapa kali kita memohon keampunan daripada Allah?
berapa kalikah kita menangis KERANA ALLAH?

tanyalah  diri sendiri, dan hanya Allah dan kita sahaja mengetahuinya....


Dari itu.....
Simpanlah simpanlah  tangisan kita semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat keampunanNya.

Wallahu a’alam..

Di sAna mENuNggU Di siNi mEnAnti~~




7 GOLONGAN YANG DILINDUNGI KETIKA DI PADANG MAHSYAR~~~
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

1.  pemimpin yang adil
Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.

2. pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah.
Sejak kecil lagi rnula ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perliridungan di hari kiamat.



3.  lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid
Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.

4. dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah
. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.

5. seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah.
 Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.

6. seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah 
tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak isytihar sedekah di khalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini,jikalau bersedeqah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedeqah,itu adalah unjuran agama,cuma bersedeqah secara sirr(rahsia) adalah lebih baik.



7. seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.
Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.

Kesimpulannya, bahawa kita perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.Semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmat. bimbingan serta keredhaan ALLAH ‘Azza Wa Jalla, serta tergolong dalam kalangan ini. InsyaALLAH.,,sama2 berusaha kearahNya...


Jazakumullah khairan kathiraa...



Thursday, January 6

D0a n HuJAn~~

hari ini...
hujan masih lagi mencurah-curah membasahi bumi serambi mekah  ,
khabarnya,hujan akan terus membasahi bumi terengganu n kelantan untuk 2-3 hari ni,
huhuu....
siyesly...sgt sejuk
maka,ada la ragam2 bebudak asrama mau mandi air panas,
mengerahkan kettle untk menyediakan air panas untk mndi..
katak pon xmelepaskan peluang bersuka ria main air,
bukan setakat main air si katak tu,
siap mendendangkan irama seterusnya memeriahkan suasana kat ipkb ni,.



orang kata gelombang banjir kali 2 ni mgkin teruk sikit,
kat padang dan beberapa kawasan kat mktb ni pon da naik air sikit,
tapi,team bola sepak kelantan ni
berminat lak team  nk training kat padang ni,
berduyun-duyun org nk tgk encik apeq tuh (goal keeper harimau malaya)
dengan kehadiran mereka2,
maka ramailah lah warga mktb ni yg turun pdg,


view blok asrama...


ketika senja mengundurkan dirinya


berbicara tentang hujan ni,
teringat kecik2 dulu,
ad ustaz cakap...
"kalau kita berdoa masa hujan doa akan dimakbulkan"
jadi, jom ambil kesempatan pada waktu hujan2 ni berdoa kpdNya..



 doa ketika hujan turun :
Allahumma shoyyiban naafi'aa
Yang ertinya : Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (Shahih. HR Bukhari no. 1032)


selain itu,
bukan time hujan sahaja doa kita akan  dimakbulkan
malah, waktu2 yang  makbul untuk berdoa juga  
seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jum'at, 
sepertiga terakhir dari malam hari,waktu sahur, ketika sedang sujud, 
 antara azan dan iqamat, saat mulai pertempuran,
 dalam ketakutan, atau  sedang beriba hati, dan sebagainya.


namun begitu,
 Segalanya berlaku dengan keinginan Allah..kehendak Allah...
bukan kerana doa time hujan atau tidak...Segalanya dari Allah...
Ingati Allah selalu, Dia sebaik-baik pendengar bicara hamba-hambaNya...
Yakinlah bila-bila masa berdoa pun Insya Allah Dia akan makbulkan. 


wallahualam...^_^

Jazakumullah khairan kathiraa...







Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers