Wednesday, October 23

Alkisah sebiji burger…


Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu… tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

Senyum

tazlim (wang syiling)

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.(Renungan kita bersama)

TazLiM


Dalam kehidupan ini di dunia, kita semua dikehendaki mencari 2 perkara. Apa 2 perkara ini?
Dua perkara ini tidak lain tidak bukan
1)dunia
2)akhirat




Apa perkara dunia?Apa perkara akhirat?
Perkara dunia
-tidak lain tidak bukan hal2 berkaitan dengan hidup kita sekarang. kereta, mutor, pendidikan, kerjaya, anak pinak(bagi yang dah berkahwin), facebook, whatapp, fiber n macam2 lagi.
-perkara dunia jika kita kejar memang tidak akan habis dan memuaskan.

perkara akhirat
-ilmu fardhu ain yang wajib kita belajar dan tahu iaitu tauhid, fekah dan akhlak. Amal ibadat kita, amal kebajikan yang boleh mendatangkan redha Allah dalam hidup kita.
-andai kata perkara2 dunia mendatangkan mudharat untuk melaksanakan perkara akhirat,maka tinggalkan.
-kalau kita berada dipadang boleh menjejaskan waktu ibadat kita maka ubahlah supaya waktu ibadah kita tidak terganggu.
-tidak salah untuk belajar ilmu dunia, tapi meninggalkan belajar ilmu agama, tidak faham hukum2 yang wajib tahu, maka itulah yang salah. Islam tidak pernah menyempitkan pelaksaan, kita sahaja menyempitkan.

dah tu, kena seimbangkan lar kan dunia akhirat, macam 50/50?
-bukan begitu cara kita pikir.
-caranya, kena lebihkan akhirat. Sebab kalau diseimbangkan, dibimbangi yang dunia tu lebih dari akhirat. Malu la kita dihadapan Allah kelak.

*so?kesimpulannya:
-jom hidup bertunjangkan sunnah. Berpandukan syariat ang ditetapkan. Tidak tahu kena belajar.

selamat menghadapi minggu study week. 

Monday, October 21

jatuh CINTA :)

Best kan jadik muslim? Kita ada Tuhan yang boleh kita mohon pertolongan. Kita ada Tuhan yang kita yakin di tangan Dialah takdir kita terletak. Kita ada Tuhan yang kita mengaku Dialah sebaik-baik perancang. Cuba bayang kalau kita hidup tak bertuhan? Saya selalu fikir, kalaulah saya takde Allah, saya rasa dah lama saya mati sakit jiwa sebab exam. Tapi sebab saya tahu adanya Tuhan yang memberi pahala pada usaha, baru saya rasa kewujudan saya dekat dunia ni berguna.

alhamdulillah, JATUH CINTA dengan AYAT CINTA MAHA PENCIPTA)
siriye berbunga bunga si qolbu kecik ni :)




Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.' [2:152-153]


Allah cakap, 'ya ayyuhal lazi na amanu', bukan 'ya ayyuhannas'. Allah seru orang-oran yang beriman, bukan seru semua manusia. Beza. Kalau kita termasuk dalam kalangan yang beriman, mesti kita akan rasa macam special dan macam nak jawab,'ya Tuhanku.' Allah suruh kita ingat dekat Dia, dan ganjarannya Allah akan ingat dekat kita. What do you expect?

Bayangkan kita pergi konsert opick, dan di tengah lautan manusia yang banyak tu, kita adalah cakap 'hai opick'. Agak-agak, Opick akan ingat tak dekat kita lepas konsert tu? Cam tak kita? Walupun kita berusaha  share video youtube Opick dekat FB, dekat blog, belum tentu Opick akan ingat pada kita. Tapi Allah? Once kita ingat pada Dia, automatik Allah akan ingat balik pada kita. Tawaran mana yang lebih hebat dari tawaran Allah ni wahai diri yang sering lupa? T__T

Dan, Allah ajarkan kita, untuk memohon pertolongan dariNya, maka solatlah. Dan bersabarlah. Dan sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.

Thursday, July 4

Countdown to Ramadhan.



Satu bulan yang penuh bonus dan promosi ditawarkan.
Bukan sahaja promosi di ‘shopping complex’ bahkan promosi ini jauh lebih hebat berbandingnya.
Bulan dimana Allah melipatgandakan pahala-pahala amalan yang dilakukan.
Bulan dimana syaitan-syaitan dibelenggu.
Bulan dimana pintu-pintu syurga dibuka luas seluasnya dan pintu-pintu neraka ditutup rapat serapatnya.
Bulan yang pada permulaannya RAHMAT, dipertengahannya MAGHFIRAH (keampunan) dan pengakhirannya PEMBEBASAN API NERAKA.

“Oleh itu,banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan , 2 perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi yang sangat kamu menghajatinya. Dua perkara pertama, mengakui dengan sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepadaNYA. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari api neraka.”

Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pendorong dan ‘booster’ untuk kita bergerak dalam kehidupan seharian kita selepasnya .

Bergerak dengan peningkatan!

Menolak dan menggerakkan IMAN kita untuk berada di tahap yang lebih baik.

Andai di bulan-bulan lain, kita sentiasa berperang antara IMAN dengan BISIKAN SYAITAN, lantas, di bulan Ramadhan ini ‘grab’ lah peluang untuk meningkatkan KEIMANAN dan KETAQWAAN kita dengan mendapatkan bonus dan promosi yang Allah tawarkan ini.

Let’s prepare our self for becoming Ramadhan so that we can grab all ‘bonus’ and ‘promosi’ that have provided!!!

When? Tomorrow? After tomorrow?
NO!!! It’s NOW!!!

Ahlan ya Ramadhan Kareem!!

Sunday, June 30

saya BIJAK!!!

Jadilah bijak, jangan mudah terikut-ikut jika tiada dalilnya dalam Islam. Antaranya yang banyak tersebar adalah;

Jangan makan SUSU bersama DAGING .
Jangan makan DAGING bersama IKAN .
Jangan makan IKAN bersama SUSU .
Jangan makan AYAM bersama SUSU .
Jangan makan IKAN bersama TELUR .
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .
Jangan makan SUSU bersama CUKA .
Jangan makan BUAH bersama SUSU

Diet Nabi SAW memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja.

Nabi SAW bersabda: "seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392]-credit to Dr. Fathi Al-Sakandary

COUNTDOWN RAMADHAN

Hadapi Ramadhan tidak lama lagi dengan TERANCANG, bukan dengan KEJUTAN.



Terkejut berlapar 13 jam, kerana sebelumnya jarang benar berpuasa sunat.


Terkejut dipaksa bangun jam 5 pagi, kerana sebelumnya jarang benar solat fardhu Subuh pada waktunya.

Terkejut dengan program-program keilmuan di masjid, kerana sebelumnya jarang benar mendekatinya kecuali hari Jumaat.

Terkejut dengan budaya membaca Al-Quran, kerana sebelumnya jarang benar membelek Al-Quran sehari semalam.

Kejutan.

Itulah cara musuh menyerang.

Nah. Syaaban ini masih menantimu untuk merancang.

Merancang untuk membuat latihan.

Agar KEBIASAAN itu mampu mengelakkan rasa kejutan.

Kejutan yang hanya menyebabkan Ramadhan dinanti kehadiran dengan penuh keterujaan.

Namun keterujaan itu membutakan hati dari memahami tujuan kefardhuan.

LATIHAN pembentuk sikap bagi 11 bulan selepas Ramadhan.

Saturday, June 8

4 Tanda Hidup Tidak Berkat



Salam, sebenarnya banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tidak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tidak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

p/s : Ini adalah share (copy paste) dari apa yang admin baca dan terasa. Semoga sahabat-sahabat juga akan terasa...JOM UBAH...

Friday, June 7

[REMAJA MULIA, APA YANG KAMU CARI?]


Ramai orang muda yang pergi belajar di sekolah, universiti, balik dan habis begitu saja. Selain daripada makan minum, main, kerja dan mahu hidup berpasangan, apakah lagi yang dicari dalam hidup ini?

Dukacita kalau kehidupan ini diisi dengan perkara-perkara itu tanpa kita tahu ke manakah arah kehidupan ini akan kita bawa. Lebih menyedihkan lagi adalah bila hidup ini difikirkan hanya mahu diisi dengan syahwat dan keseronokan semata-mata.

Remaja mulia, ke manakah akhirnya kita akan bawa kehidupan ini?

Ada anak muda yang pergi sekolah, universiti, belajar, tetapi dalam masa yang sama mencari pasangan couple. Tak kurang, ada yang terlibat dalam gejala maksiat sehingga terlanjur, melakukan zina yang dimurkai Allah.

Ada anak muda yang pergi sekolah, universiti, belajar, tetapi dalam masa yang sama bersikap kurang adab dengan guru, bahkan ada yang memukul dan membelasah guru, memancitkan tayar guru, bergaduh dengan guru.

Ada anak muda yang pergi ke sekolah, universiti, belajar, tetapi dalam masa yang sama memencilkan diri daripada masyarakat. Pusingan hidupnya hanya rumah dan bilik kuliahnya sahaja. Tidak dipedulikannya masyarakatnya menjadi apa.

Kitaran ini berulang di setiap generasi. Berakhir dengan kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, budaya samseng dan hero jalanan, hilang hormat terhadap ibu ayah dan guru, hilangnya keberkatan dalam kehidupan.

Kitaran yang rosak ini, jika dibiarkan, kalau tidak kita terlibat sekalipun, bimbanglah generasi kita yang akan datang.


Remaja mulia, apa yang kamu cari dalam hidup ini?

Kalau hidup hanya sekadar hidup, belajar hanya sekadar belajar, pergi sekolah hanya sekadar pergi sekolah, kamu tidak akan menemukan kemuliaan dalam hidup ini.

Kamu harus tahu untuk apa kamu hidup dan kamu perlu tahu ke mana akan kamu bawa hidup kamu sekarang ini.

Apakah maksiat dan dosa, zina dan sebagainya itu akan menghantarkan kamu kepada kebaikan di masa depanmu?

Apakah sikap kurang adab kamu dengan guru, dengan ibu ayah itu memberikan untung untuk masa depanmu?

Apakah yang kamu sedang kejar?

Kita hidup tidak lama, remajaku. Nanti kita akan mati. Kita akan pulang bertemu Allah. Apakah yang akan kita jawab di depan Allah s.w.t. nanti dengan apa yang sedang kita lakukan sekarang?

Mahukah kita menjawab di depan Allah nanti kala Allah bertanya, wahai anak muda, apakah yang telah kamu lakukan di masa mudamu?

Apakah bisa kita menjawab, "Aku telah berzina dengan si fulanah binti si fulanah." kala hari itu kemurkaan Allah yang tiada batasnya kerana derhakanya ramai manusia? Bisakah kita menjawab sedemikian?

Apakah kuat untuk kita menjawab, "Aku telah melakukan dosa sekian sekian." kala mati kita, kita tidak sempat bertaubat dari kesalahan itu dan kita pun menghadapi Allah s.w.t. pada hari perhitungan itu dengan jiwa yang kotor, apakah kita kuat?

Tanyalah dirimu, wahai remaja mulia.
Apakah yang dicari, dikejar dalam hidupmu?
Abang kakakmu berpesan kerana kasihkan kamu.

Jagalah dirimu dengan agamamu di kala kerosakan sedang menjangkiti ramai manusia.

Ketahuilah dan tetapkanlah matlamatmu dalam hidup. Jangan biarkan anasir-anasir tidak baik melemahkan kamu, mengganggu perjalanan hidupmu menuju Allah.

Kamu ada akhirat untuk kamu pulang, ingat itu remajaku !

[PESANAN BUAT REMAJA MULIA]

Saturday, April 27

kisah bintang brsama 5 usaha



Kelmarin dapat task dari murid:

“Cikgu, malam nanti cikgu cuba kira bintang di langit. Esok bagitahu saya. “

Ok.

Hari ni:

“Cikgu tengok tak bintang semalam?”

Tengok.

“Banyak tak?”

Banyak, beribu riban.

“Kalau cikgu nak tahu, banyak tu lah saya sayang kat cikgu. Jadi, cikgu tak payahlah pergi dari sini. Cikgu teruslah mengajar kat sekolah ni. Saya janji lepas ni saya tak nak nakal-nakal dah. Please cikgu.”

~touched..huk3

Monday, April 22

Fitrah Cinta!


Kalau nak kata cinta itu fitrah,
marah juga adalah fitrah,
maka apakah kita boleh marah suka-suka?
Begitulah Islam turun sebagai 'pengawal'.

Islam tidak mengharamkan marah,
tetapi marah perlu kena pada tempatnya.
Islam tidak mengharamkan cinta,
tetapi cinta ada caranya.

Jangan tersasar.
Kerana cinta yang tersasar hanya membawa fitnah semata-mata.


*sharing is caring

Sunday, April 21

oh Gwiyomi!!



No offense kalo org kate lagu gwiyomi chomel.

tp bukan satu sebab utk dijaja muka sendiri.

kecantikan wanita ini bukan untuk dikongsi dan ditatap untuk semua mata2

tp hak EXCLUSIVE seorang suami dengan makna tatapan kasih serta nilai IBADAH.

kalau dibuat dibuat, dilike dan dishare berapa nilai PAHALA yang diterima?

dibuat atas dasar suka-suka adalah sia-sia.

sedar tak sedar nilai RIAK dan UJUB mula subur.

lama kelamaan hati MATI!

bila ditegur rasa tercabar.

dan disitu BAHAYA yang sebenarnya.

selalulah diingat 'KECANTIKAN SEBENAR ADALAH MALU'

#copypasta

Thursday, April 11

Wuduk berkualiti :)


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

... 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".

Nota:
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama.

Sunday, March 24

JOM bukak mata bukak HATI





kamu. 
buka mata
luas luas.
lihat kiri 
lihat kanan
depan mahupun belakang.

lihat bumi Allah yang terbentang luas.
indah bukan?
maka itu. 
ambik ibrah. 

*tarik nafas. hembus nafas.
SubhanaAllah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar!


“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.”


[Surah Ali ‘Imran 3: 191]

Tuesday, March 19

tadabbur sang pokok

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi keharmonian malam ni.
lagu zikir terapi abg hafiz hamidun pun berkumandang,
nikmat!!!



Eh coppppp! Jap jap,

Jangan lupa, ciptaan Allah ni banyak. sambil jari menaip kije esaimeng yang menggunong,. Sedang manusia sibuk ke sana sini dengan urusan masing-masing, ce kita tengok sang pokok tetap tekun bertasbih memuji kebesaran Allah. Hihi. Malu.

Apa yang ada pada pokok? Apa kaitannya dengan Muslim Super?

Jom kita tadabbur pokok ♥ nak? Firman Allah,

"Tidakkah kamu kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,


Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat."
(14:25)

Hanya pohon yang baik mampu memberi buah yang baik. Pohon yang baik itu pula berasal dari akar dan cabang yang baik. Macam tu jugak manusia, sejahtera akidah dan imannya, akan membuahkan kepada amal dan akhlak yang SUPER!

Jom jadi Muslim Super yang teguh akidahnya!
#Dan lepas ni, jom belajar tadabbur alam banyak-banyak :)


.......................................................................

info Medik:

Doktor cakap, kalau kita makan protein banyak-banyak sikit karbohidrat kita akan jadi laaagi lapar sebab protein stimulate insulin secretion, insulin menyebabkan glucose cepat diserap dalam sel, pastu darah takde glucose, pastu jadi lapar balik.

credit to : Fustateleven

Sunday, March 17

Let's plan your day before it starts!.. :):)




Jom, cuba praktikkan diri untuk susun jadual dengan betul agar segalanya lebih teratur dan hidup dengan tenangnya~


Macam mana nak mulakan?


1.Senaraikan semua perancangan kita yang perlu dilakukan sepanjang satu minggu contohnya.

2. Klasifikasikan perancangan anda itu kepada 4 quadral mengikut keutamaan.
Quadral 1 : Important and Urgent
contoh ---> hadiri mesyuarat, siapkan kertas kerja/ assignment yang hampir dateline

Quadral 2 : Important but not urgent
contoh ---> study awal sebelum exam final menjelma

Quadral 3 : Not important but urgent
contoh ---> membantu paperwork kawan yang tidak berkaitan dengan kerja kita

Quadral 4 : Not important and not urgent
contoh ---> tengok movie, siram pokok bunga, mengemas


Untuk menjadi orang yang berjaya,letakkan fokus pada quadral 2 iaitu important but not urgent. Orang yang bertindak dahulu sebelum perkara itu menjadi urgent adalah orang yang proaktif dan pandai merancang.
Jadinya, hidupnya akan lebih tersusun dan tidak akan stress dalam setiap perkara yang dilakukan.

Sesungguhnya masa itu sangat berharga. Jangan biarkan ia berlalu tanpa ada apa-apa faedah.

Let's plan your day before it starts!.. :):)

Pilihan ditangan kita. Mahu hidup teratur ataupun berterabur. Yang pasti Allah suka orang-orang yang tersusun dalam segala urusannya.



credit to http://www.facebook.com/Fustateleven?fref=ts

TGNA ♥ ♥ ♥



ALLAHUAKBAR!!!

Saya tidak pandai berbicara soal politik.
Tapi itu bukan bermakna saya tidak perlu ambil tahu.
Apatah lagi buat tak tahu.
Kena ambil tahu!


Kerana politik itu sebahagian dari agama.
Jangan dipisahkan ia dari agama.


Jangan.
Kalau tak pandai berbicara,
tulislah.


Paling-paling tidak, share saja. Kan senang?
Moga dengan usaha yang kecil,
ada sahamnya.
Buat yang tak tahu kepada yang tahu. :) 

Friday, March 15

PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2 AMBILAN 2011


ZAMAN PPISMP SEM 1 2009


PISMP SEM 2



SEM 3

SEM 4



LATEST GAMBAR : PISMP SEM 5


hari ni,
genap 3tahun 8 bulan berada di bumi IPGKB,
daripada 20 org bekurang jd 19 orang classmate,
macam2 rasa pahit manis yangku telan,
n macam2 ragam n perangai dah ku hadam.
moga ukhwah sentiasa dalam redhanya~



Wednesday, March 13

13 03 2013

Bismillahirrahmanirahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah segala puji-pujian syukur ats nikmat,
setelah sekian lama bertapak di bumi IPGKB,
serius,makin lama hidup ,makin banyak belajar tentang dunia ni,
bermula dr xtahu jd tahu,,

mood penat pas KOT anjuran sem 5 yang osem..;)
mmg sgt2 bertimbun ibrah n ilmu yg dpt sepanjang pengurusan progrm ni,
jom blaja dr pengalaman,,yeah..:)
oke,sekarang kene fokus assigment yang comel,
 serta persiapan untuk praktikum lak,
kene wat checklist molek2 ni..
n most important things is
 ~NO MATTER HOW BUSY U ARE,
ALWAYS REMEMBER ALLAH

MGE ALLAH REDHA..~~^___^









ISLAM is me and I am muslim.


Islam is not a mere religion.
Islam is not the opium for the weak.
Islam is not the last resort.
Islam is a not a secret weapon.
Islam is not delusional.

Islam is THE way if life. Islam is THE solution. Islam is not an option.

Thursday, February 7

Valentine Day , halalkah ?


Saban hari kita melihat ramai pasangan-pasangan biarpun muslim di Malaysia masih lagi mengamalkan upacara Valentine Day ini tanpa meneliti dan memahami apa sebenarnya yang tersirat disebalik doktrinisasi dari kristian ini.

Untuk menghalalkan lagi sambutan hari musyrik tersebut, sambutan hari kekasih ini turut diraikan bersama ahli keluarga, suami isteri, adik beradik dan pemimpin yang disanjung. Paling tidak pun acara bertukar-tukar bunga, hadiah, coklat dan kek dilakukan bagi memeriahkan hari tersebut.

Seringkali batas halal haram dilanggar atas alasan tidak apa sekali sekala dan kita boleh bertaubat secara berkala. Sesungguhnya penyongsangan minda dan akidah secara halus ini wajib dicegah dan ditegah dari terus berleluasa.





Halal kah untuk disambut ?

Rasulullah s.a.w pernah berpesan: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka ia akan ditolak” (Riwayah Bukhari dan Muslim)

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.


Islam Ada Cara

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.



Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.

______________

Hasil nukilan : ma'ruf club uia

Monday, January 28

Segalanya dari Allah.

|


Dalam kita bahagia, ada yang derita.Dalam kita tertawa, ada yang menangis.Dalam kita tersenyum, ada yang berduka.Dalam kita kekenyangan, ada yang berlapar.Dalam kita bersenang-lenang, ada yang kesempitan.
Jadi,tatkala kita diuji dengan sesuatu yang membahagiakan, gembiralah seadanya.Tatkala duka datang melanda, gantunglah harapan kepadaNya.Usah terlalu melayan perasaan.Bersederhanalah.
Hari ini alhamdulillah kita bahagia. Esok? Belum tentu lagi.Hari ini alhamdulillah kita teruji dan itu tandanya Allah kasih. Esok? Mungkin pelangi hadir selepas hujan.



Muhasabah. 



Bahagia itu datangnya dari Allah.Sedih jua.Apatah lagi rasa gembira, kecewa, dan semua rasa yang ada.Segalanya dari Allah.
Bila gembira ingat Allah.Bila sedih ingat Allah.Kerna segalanya dari Allah.

Friday, January 18

RINDU itu dari ALLAH



Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?


kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.


Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati.


Rindu yang telah terhijab meskipun dengn kecanggihan teknologi yang luar biasa.
Aku bukan orang yang kuat!!!


Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku sakit. Rindu buat fizikal ku derita. Rindu buat aku seakan "angau".


Bisakah aku khabarkan kepadanya?
Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.
Tahukah?


Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ya, mungkin bumi beredar mengelilingi matahari dan bulan ber"tawaf" di sekeliling bumi. Beredarnya siang di ganti dengan malam. Perubahan itu sama sekali tidak merubah rasa rindu ini.


Oh!
Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ke"innocent"an aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?
Tahukah?




Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.
Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentam dentum mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin.
Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum. Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping hati.


Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah?
Untuk apakah?


Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung?
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang "syok" sendiri?
Mungkin sedikit kufahami bahasa sarat yang kelmarin belum sempat terungkap. Kenangan terindah, mana mungkin tidak membuahkan getaran rindu.
Semua ada saatnya kita bersama. Baik dan buruk penyempurna warna kehidupan fana'. Kau ajar aku mengeja dan menikmati betapa indahnya musim semi di luar sana. Kau ajar aku ber"tasbih" bersama denyut nadi beriramakan kasih dan sayang.



Walau aku jauh.
Walau aku seorang.
Walau aku sepi.
Walau aku menangis.
Walau aku sayu.


Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak seutuh yang disangkakan. Krisis identiti bertambah kronik tatkala memikirkan betapa hinanya aku. Jijiknya aku yang berdosa. Keegoan aku tidak kenal rasa rendah diri.


Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
Layakkah aku mengulang skrip sama dengan citarasa yang bahagia?
Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?


Semua itu dilema yang tidak boleh dicabut dengan sewenangnya dari hati yang punya pemikiran kompleks, si empunya bernama


P.E.R.E.M.P.U.A.N


Akukah?

crdeit : muslimdoktor.blogspot


Thursday, January 10

Jangan rasa selesa




Sesiapa yang rasa selesa dengan imannya telah mendedahkan dirinya kepada bahaya kerana dia lalai. Sesiapa yang rasa risau dengan imannya telah melindungi dirinya kerana dia prihatin.
ayuh berdoalah semoga hati kita ditetapkan untuk terus berada dijalan Allah dan di kekalkan nikmat Islam serta Iman nie :)

jom g majlis2 ilmu..insyaAllah dpt mendidik hati n menopup iman kita utk mendapat redhaNya..Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dalam mencari lebih ketaqwaan kepada-Nya…amin =)

antara taman-taman syurga di bumi ipgkb:




xlupe jg ad kelas tajwid bersanad juga..insyaAllah,moga thabat kawan2..

Followers