Tuesday, December 27

saudara kita


Sabda Nabi s.a.w sesiapa yang tidak mengambil tahu mengenai saudaranya..dia bukanlah dari kalangan umatku..”


Kini Revolusi di Syria telah masuk 8 bulan dan keadaan sebenar disana adalah sgt dahsyat. Rakyat dibunuh, diseksa, para wanita diperkosa, dan pelbagai lagi kekejaman yg dilakukan oleh rejim Bashar Al-Asaad terhadap rakyat Syria sendiri.




Latarbelakang Syria

- Syria diperintah oleh golongan syiah yg sesat

- Komponen rakyat Syria: 6% syiah, 10% kristian, 84% Islam

- Syria merdeka drp Perancis pd tahun 1945

- Pada 1971, Hafiz Al-Asaad menjadi Presiden Syria selama sekitar 30 tahun

- Kini anaknya, Bashar Al-Asaad menjadi Presiden Syria setelah kematian bapanya, Hafiz



Asaad & Israel

- Asaad mendakwa negara Syria benteng yang berdepan dengan Israel – satu pembohngan kerana tak pernah sebiji peluru pun ditembakkan ke arah Israel, Bukit Golan yg dirampas israel drp Syria masih menjadi milik Israel; malahan pihak tentera rejim Asaad memilih utk membunuh penduduk Syria yg tinggal 6 km drp sempadan israel, berbanding membunuh tentera israel di sempadan

- Bashar Asaad dan saudara perempuannya Bushra menghubungi Netanyahu yang menyatakan bahawa Bashar tetap pemimpin yang menjaga maslahah Israel



Punca Revolusi Syria

- 28 orang murid sekolah rendah yang bermain2 telah menulis protes di papan dinding yg mengutuk rejim Bashar. Kanak2 ini kemudiannya telah ditangkap – seorang dibunuh dan selainnya diseksa, dengan cara mencabut kuku2 tangan dan kuku2 kaki mereka

- Apabila para bapa mahu mengambil anak2 mereka, para penyiksa mengatakan bahawa “biar kami bersama wanita kamu supaya dapat anak baru!”(memperkosa isteri2 mereka supaya melahirkan anak baru)

- Perkara ini merupakan sesuatu yg sangat menghinakan!!

- Perkara ini telah mencetuskan Revolusi Syria



Rakyat Syria Bangkit!

- 15 Mac 2011 bermula pemberontakan besar-besaran hingga kini

- 157 tempat memberontak (hancurkan patung Asad); Jumaat 2 Disember yang lepas 3 juta rakyat memberontak

- Pada mulanya Asad menggunakan senjata sementara rakyat tidak menggunakan senjata

- Damsyik dan Haleb pun sudah mula bangun

- Sebuah kampung 6 km dari Golan diserang, tapi Asad tidak pula menyerang Israel yg merampas Bukit Golan itu

- Kini 29,000 orang tentera telah berpaling tadah meninggalkan rejim dan berpihak kpd rakyat Syria. Mereka berkawal melindungi rakyat Syria



Kekejaman pihak rejim

- Kini sudah 10,000 syahid (termasuk budak Kristian yang mati), ada juga puak Druz bersama-sama pemberontak

- 39,000 rakyat telah cedera

- Sekitar 100,000 dipenjara dan diseksa, mata dicungkil, lidah dipotong, 413 syahid setelah diseksa

- 400 kanak-kanak syahid

- Wanita diperkosa depan suami

- Dalam satu kejadian, hospital diserang menyebabkan 19 doktor dibunuh, dan 40 orang pesakit dibunuh

- Zainab al-Husni berusia 23 tahun cuba diperkosa oleh tentera. Namun beliau melawan – beliau diseksa dan terus anggota badannya dipotong 4 kerat, kemudian dilemparkan ke depan keluarganya

- Umm ‘Abdillah diperkosa oleh lima orang tentera, mereka mengatakan bahawa anaknya bukan Abdullah tapi ‘Abdu Bashar, ‘Abdu Maher (saudara Bashar Asad)

- Pemberontak yang ditangkap dipaksa menukar syahadah kepada lailahaillabashar (kelihatan jelas dalam video yang dikongsikan)

- Kapal terbang, 400 kereta kebal digunakan untuk menyerang rakyat dan 21 masjid serta 4 gereja telah dimusnahkan

- Kini seramai 16 000 orang pelarian rakyat Syria berada di sempadan Turki



Itulah serba sedikit info/maklumat yg benar yg KSA dapat kongsikan kpd Sahabat Aqsa dan para pelawat sekalian. Pihak KSA harap agar Sahabat Aqsa/pelawat/pembaca dapat 'share' info ini kpd rakan2 yg lain.

Marilah kita banyakkan berdoa kpd Allah swt agar membantu dan melindungi rakyat Syria yg dalam kesusahan.




Monday, December 12

Malu Nak Jadi Baik


Iman Itu Masih Ada.

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.

Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?

Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makindicintai Allah. Asal niat betul.

Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.

Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?

Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.





Create the Future

Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.

Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.

Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorongkedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.

Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.


Buat Dirimu...

Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!

Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!

Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?



Motivasi daripada Kisah.

Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.

Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.

Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?

Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.

Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.

Kesimpulan.

Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.

Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.



Monday, December 5

lelaki Ghuraba'


Rahsia seorang lelaki Ghuraba':
Ghuraba' = Asing, jarang ditemui



P: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
L: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
P: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
P: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.
P: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
L: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.
P: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
L: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Saya sangat cintakan wanita sebab itu saya tidak mahu mengecewakan mereka. Allah lebih mengerti. Wassalam...
P: Allahu Akbar... Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak....

p/s: Let's turning point to be a better person... Stop intermingling between male n female!!
Dishare dr seseorang, harap boleh diambil iktibar oleh sume...

Followers