PENGAKHIRAN BULAN UMAT~RAMADHAN KAREEM~~
Hanya tinggal 5 hari ramadhan bakal melabuhkan tirai..1 syawal mula menjengukkan wajah...
Syawal yang bakal tiba menandakan genap sebulan sudah kita menjalani latihan yang diprogramkan oleh Allah untk kita menjadi lebih bertakwa.."Wahai orang2 yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan pada umat sebelum kamu,supaya kamu bertaqwa."(al-Baqarah;183).. Ukuran sejauh mana kita berjaya menghayati latihan ini ditentukan dalam 11 bulan berikutnya..mampukan untuk terus istiqamah dengn amal ibadah sebagaimana dalam sebulan keberadaan kita di universiti tarbiyah ini..
1 syawal,ibarat hari konvokesyen..deanlist kah kita?atau sekadar cukup2 makan? hm..atau fail?? andai berada di tempat dealist..wajarlah untuk kita bergembira di lebaran ini..meraikan kemenangan..kemenangan kerana telah mendapat maghfirah dari yang maha Pencipta.. juga untuk bergembira..Bergembira kerana telah lulus ujian mujahadah.."celaka dan rugilah seseorang yang memasuki bulan ramadhan kemudian keluar sebelum mendapat keampunan dariNya.."-HR Tirmizi dan Bazzar..
Ramai yang menganggap 1 syawal sebagi hari untuk meraikan kejayaan ..kejayaan kerana berjaya melawan ujian hawa nafsu sepanjang ramadhan..Namun hakikatnya,ujian belum berakhir,ia baru bermula,.ujian yang bakal kita tempuhi bermula syawal dengn bekalan latihan sebulan yang dah kita garap, syawal ini merupakan 'turning point' untuk menjadikan kita terus merebut amalan2 baik sebagaimana telah kita jalani sebulan ini..berusaha lah untuk terus berjaya..mencapai kejayaan itu telah terbukti,namun untuk kekalkan kejayaan dan mnjadi lebih berjaya,itu yang lebih sukar..
Ingatan untuk diri,selagi ramadhan belum berakhir,,asahlah lagi keimanan,latihlah diri..muhasabahlah diri..usahlah aura 1 syawal sehinga melupakan kita pada 10 malam terakhir ramadhan ini..malam di mana terdapatnya lailatulqadar..
Hati teras sedih dengan berakhirnya ramadhan..betulkah diri ini benar2 telah memanfaatkan ramadhan kali ini? sudahkah aku mendapat keampunan dariNya?.. mampukah untuk ku praktikkan latihan sebulan ini utk bulan2 berikutnya? hm..masihkah ada kesempatan untuk ku temui ramadhan berikutnya?..
Ya Allah, aku amat mengharapkan keredhaamu,
perkenangkanlah ya robb...