Sunday, July 31

RAMADHAN... Tanda Allah masih cinta pada kita..

Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.

Apakah perasaan?

Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.

Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:

“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”

Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.



Ramadhan yang mahal buat pendosa.

Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…”Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Mengapa peluang keampunan itu mahal?

Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?



Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?

Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?

Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?

Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.

Allah masih sayangkan kita.

Kita. Pendosa.



Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.

Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.

Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.

Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!


* sumber asal: Langitilahi.com

Monday, July 25

HARI HIBURAN ISLAM




29 JULAI 2011
Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta, 

30 julai 2011
bicara selebriti oleh 

  • = Dr Mohd Asri zainul abidin (mantan mufti perlis)
  • = Wardina Safiyyah (selebriti)
  • = Sham Kamikaza (pemuzik tanah air)
  • = Ustaz Hazrizal Jamil (saifulislam.com)
  • = Amin Idris (moderator tv al-hijrah)



    Pesan seorang Ustaz, "Ramadhan sudah semakin dekat maka bagi orang yang mahu berurusan dengan Allah secara bersungguh-sungguh maka selesaikanlah urusan lain dengan manusia sebelum tibanya masa Ramadhan. Lekaslah pergi shopping baju, pakaian dan persiapan raya dari sekarang. Repairlah rumah, kereta dan apa yang patut. Jangan biarkan dunia anda menghalang fokus kepada Sang Pencipta!!




     Nun di sana anak kehilangan
    Ibu dan ayah... entah di mana
    Nun di sana masih kedengaran
    Tangisan insan yang kelaparan 
    Kesedihan melanda
    Derita yang berpanjangan
    Belas kasihan pengharapan
    Dari redup mata yang lemah
    Tak siapa dapat merasa
    Di manakah belas kasihan
    Ramadhan menginsafkan kita
    Kesusahan mereka semua
    Ramadhan menyedarkan kita
    Senang tak lama
    Bahagia tak kekal
    Ketenangan hanya padaNya
    Kembalilah kepadaNya
    Nun di sana masih ada jalan
    Putih peluang kebaikan
    Sebulan di bulan Ramadhan
    Nun di sana anak kehilangan
    Ibu dan ayah... entah di mana
    Nun di sana masih kedengaran
    Tangisan insan yang kelaparan


    p/s;
    sgt berharap ramadhan kali  dpt mendidik hati yg lemah ni spya sentisa dgNYA,,
    permudahkanlah ya RABB..~~

    Monday, July 18

    kembali kepadaMU~

    saat kita meniti perjalanan duniawi
    tiba-tiba saja langkah terhenti
    berhenti pada satu persinggahan yakni mati
    bersediakah kita ini?

    Berlabuhnya kita diperhentian ini
    tidak kira siapa pun diri
    pasti kan terjadi kerana ianya janji
    bekalan apa yg kita bawa ke sini?

    Waktu ini bekas-bekas amalan ada disisi
    dibuka, untuk dijadikan persembahan diri
    tapi sayang, bekasnya kosong tidak berisi
    mahukah kita begini?

    Maka, akan terus menangislah diri
    tanpa ada siapa yang peduli lagi...

    Astaghfirullah...
    HambaMu belum mahu kembali..
    jom prepare diri ntuk bertemu ramadhan kareem..smoga kita sume bjaya mendapat trophy ramadhan.insyaAllah!
    "SeLaMat MenYamBut RaMaDhaN Al-MuBaraK"
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

    Followers