Monday, April 23
Kisah Cinta Salman Al-Farisi..
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah...alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan...” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
(kisah ini dipetik dari buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah)
* * *
Sedih kan kisah cinta Salman al-Farisi ini? Namun, akhlak yang beliau tunjukkan subhanallah...sangat hebat. Bayangkan jika kita yang berada pada posisi Salman, mampukah kita memberikan reaksi seperti beliau?
Salman mengajar kita, bahawa cinta tak harus memiliki. Dan hakikatnya, kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Semuanya milik Allah.
Salman juga mengajar kita, akhlak seorang lelaki yang soleh. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita terhadap sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Jika kita sedikit terkilan atau rasa hendak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Salman benar-benar membuktikan ketinggian akhlaknya.
Salman juga mengajar kita, erti hidup pada memberi. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki. Salman memberi dengan penuh keikhlasan. Subhanallah...
~Ya Allah, berikanlah aku ketinggian akhlak sebagaimana Engkau berikan kepada Salman al-Farisi...~
Semoga dia berbahagia dengan insan pilihan hatinya :) ...
Meskipun di saat dahulu pernah memikat hati ini dengan nilai agama yang ada pada dirinya.. Sesungguhnya kebaikan dan sifat solehahnya telah menarik hati ini untuk menyampaikan harapan di saat ketika dahulu.. Kini hanya tinggal kenangan sahaja.
Saturday, April 21
Yang senang dapat tu bukan sahabat
Kita bicara pasal kawan dengan sahabat. Apa beza dan apa ciri-cirinya.
Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain.
Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletak kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.
Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak.
Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.
Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.
Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.
Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??
Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.
Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan.
Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.
Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.
Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.
Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat.
Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…
Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj“Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia.”
Monday, April 16
HIDUP tanpa UKHWAH~
hidup seorang diri
hidup tanpa teman ibarat hidup di dunia ini seorang diri.
makan seorang diri.
berjalan seorang diri.
qiamullail seorang diri.
bermusafir seorang diri.
bagi tazkirah seorang diri.
pergi masjid seorang diri.
solat seorang diri.
buat program seorang diri.
semuanya seorang diri.
ada teman, tapi tidak berfungsi samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tidak ambil tahu, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tak ajak ke mana-mana bersama, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tak pernah ziarah, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi buat tak tahu, samalah seperti tiada teman!
ah, begitu sukar hidup jika tak berteman. dan begitu sukar hidup jika dakwah ini hanya dipikul seorang diri. diibaratkan kambing yang seekor di padang rumput, maka mudahlah serigala nak menyerangnya.
ukhwah mesti mantop
apa yang nak ditekankan disini, kalau ada ramai akhwat, tapi ukhwah tonggang terbalik kan sama sahaja seperti hanya sorang akhwat yang hidup di medan itu.
mengapa ya kadang-kadang kita lebih mementingkan kawan lain berbanding akhwat sendiri? dari segi study group nya, ajak makan, gi MYDIN, gi pasar malam dan mana-mana je la.
ayo.. husnuzon aja. usah prasangka buruk.
sebab mungkin salah satunya ukhwah yang kurang baik dibina sesama akhwat itu sendiri. kurangnya ziarah, kurangnya interaksi, kurangnya program-program ukhwah dan kurangnya ruh imaniyah sesama akhwat itu sendiri.
" kalau mutabaah bagus, ukhwah pasti bagus"
" kalau mutabaah bagus, pasti tiada alasan dalam melakukan gerak kerja di medan ni" kata sorang akhwat ni.
barangkali memang benar.
muhasabah~
cuba bermuhasabah dan me'refresh' diri.
ada apa dengan sebenarnya? mungkin berlakunya jurang sesama akhwat disebabkan oleh sikap tidak ambil tahu dan sikap tidak mahu memberitahu.
ada sesetengah akhwat yang lebih selesa menyelesaikan masalahnya sendiri dan tidak mahu orang lain tahu. ataupun kalau yang tahu hanya teman baiknya yang bukan akhwat. sudah jelas nampak di sini, betapa rapuhnya ukhwah sesama akhwat itu sendiri.
dan adapun bagi akhwat yang tidak ambil tahu, itu sepertinya tidak ambil kisah hal sesama muslim. padahal Rasulullah saw bersabda :
" barangsiapa yang tidak ambil tahu hal orang muslim, maka bukan dari kalangan kami"
kurang bertanya khabar adalah kurang ambil tahu. apakah sihat atau sakit, apakah ada masalah atau tidak, atau apakah mahukan pertolongan atau tidak.
itulah kadang-kadang ramai yang mufaraqah disebabkan masalah ukhwah.!
kuatkan ukhwah sesama akhwat
di awalan tarbiyah lagi sepatutnya ditekankan konsep ukhwah. dan ditekankan kehadiran ke program-program ukhwah. agar bila diarah melakukan gerak kerja bersama-sama, akhwat tidak merasa kekok dan janggal.
maka, duhai akhwat sekalian,
kuatkan dan mantopkan ukhwah sesama kita. moga dengan ukhwah yang terjalin ini, menguatkan lagi kaki kita untuk melangkah.
wallahu'alam.
p/s: ukhwah dengan mad'u agak baik kerana ketsiqahan mereka pada kita.
Saturday, April 14
Semua orang pernah berdosa.
Tetapi, bukanlah bermakna bila mereka berdosa, tidak ada peluang lagi untuk mereka itu kembali membersihkan diri mereka.
Insan tetap insan.
Selama mana belum tiba hari kiamat, maka peluang taubat terus terbuka hatta kepada yang melakukan dosa seluas alam ini sekalipun.
Janganlah pernah berhenti memberi harapan untuk mereka kembali,
Kearna sungguh ada yang berdosa dalam kejahilan diri,
Sedangkan di hati mereka, niat untuk berubah sangat tinggi,
Tinggal lagi tidak ada siapa yang pergi bertanya dan memberitahu mereka..
*Allahu Rabbi..mohon petunjuk dan HidayahMu untuk sentiasa brda d jlan org2 yg soleh..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
LaMaN ilMiah
-
-
-
-
-
Poster – Sincerity5 years ago
-
-
-
Telah Terbit: Tinta 2 Asyraf10 years ago
-
-
Shoutul Amal Comeback!11 years ago
-
MEMBANGUN KEKUATAN GERAKAN DAKWAH11 years ago
-
KUATKAN HATI INI YA ALLAH12 years ago
-
-