Sesungguhnya akhlak Rasulullah adlh akhlak Al-Quran..
rasulullah
sebaik2 cOntoh..
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawabeberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyumangembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasihdari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalumereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kalipertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinyaakan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Allahumma solli ala habibina saidina MUHAMMAD..~
p/s Moga Kita sentiasa berselawat kepada Junjungn besar Nabi Muhammad...tanda kita Sayang padanya...
JOM BANYAK2 KAN BERSALAWAT KPD NABI.....
3 comments:
mintak izin..nak share =)
silakan...=)
slawat nih bulih mnitiskan air mata kita kan..
sdey bila engat pngorbanan nabi.
pastu laila tak brusha mane pon tok troskan prjuangn bginda :(
jom slawat lagi~
Post a Comment