Sunday, October 14

Bila Izrail Datang Memanggil


Bila Izrail Datang Memanggil




Bila kita mati nanti,
Adakah yang akan datang menziarahi,
Menangisi ruh yang telah pergi,
Merasai kehilangan yang abadi,
Pergi selamanya tak mungkin kembali?


Bila kita mati nanti,
Adakah yang bakal mengurusi,
Jasad sejuk terkujur sepi,
Menanti tubuh dibungkus rapi,
Diusung rapi dibawa pergi?


Bila kita mati nanti,
Adakah yang akan merindui,
Menghadiahkan doa buat diri,
Sebagai bekalan di kala sunyi,
Di alam barzakh gelap sekali?


Bila kita mati nanti,
Siapa yang bakal mengganti,
Menjadi pemandu di jalan ini,
Jalan bersiur panjang sekali,
Aduhai siapakah yang sudi?


Bila kita mati nanti,
Adakah amalan sudah mencukupi,
Menjawab soalan malaikat penguji,
Menjadi pelindung seksaan ngeri,
Membela diri di mahkamah nanti?


Bila kita mati nanti,
Adakah syurga sudah menanti,
Haruman semerbak mutiara bidadari,
Atau neraka azab tidak terperi,
Menyambut penuh kemarahan berapi?


Ya Rabbi,
Bila aku mati nanti,
Dosa-dosaku Kau ampuni,
Azab seksaan Kau jauhi,
Permudahkan kembara ku nanti,
Moga syurga dapat ku jejaki.


Kerana aku ingin mati,
Sebagai syahid yang diredhai,
Sebagai kekasihMu yang dicintai.



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers