Jadilah bijak, jangan mudah terikut-ikut jika tiada dalilnya dalam Islam. Antaranya yang banyak tersebar adalah;
Jangan makan SUSU bersama DAGING .
Jangan makan DAGING bersama IKAN .
Jangan makan IKAN bersama SUSU .
Jangan makan AYAM bersama SUSU .
Jangan makan IKAN bersama TELUR .
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .
Jangan makan SUSU bersama CUKA .
Jangan makan BUAH bersama SUSU
Diet Nabi SAW memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja.
Nabi SAW bersabda: "seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392]-credit to Dr. Fathi Al-Sakandary
Sunday, June 30
COUNTDOWN RAMADHAN
Hadapi Ramadhan tidak lama lagi dengan TERANCANG, bukan dengan KEJUTAN.
Terkejut berlapar 13 jam, kerana sebelumnya jarang benar berpuasa sunat.
Terkejut dipaksa bangun jam 5 pagi, kerana sebelumnya jarang benar solat fardhu Subuh pada waktunya.
Terkejut dengan program-program keilmuan di masjid, kerana sebelumnya jarang benar mendekatinya kecuali hari Jumaat.
Terkejut dengan budaya membaca Al-Quran, kerana sebelumnya jarang benar membelek Al-Quran sehari semalam.
Kejutan.
Itulah cara musuh menyerang.
Nah. Syaaban ini masih menantimu untuk merancang.
Merancang untuk membuat latihan.
Agar KEBIASAAN itu mampu mengelakkan rasa kejutan.
Kejutan yang hanya menyebabkan Ramadhan dinanti kehadiran dengan penuh keterujaan.
Namun keterujaan itu membutakan hati dari memahami tujuan kefardhuan.
LATIHAN pembentuk sikap bagi 11 bulan selepas Ramadhan.
Terkejut berlapar 13 jam, kerana sebelumnya jarang benar berpuasa sunat.
Terkejut dipaksa bangun jam 5 pagi, kerana sebelumnya jarang benar solat fardhu Subuh pada waktunya.
Terkejut dengan program-program keilmuan di masjid, kerana sebelumnya jarang benar mendekatinya kecuali hari Jumaat.
Terkejut dengan budaya membaca Al-Quran, kerana sebelumnya jarang benar membelek Al-Quran sehari semalam.
Kejutan.
Itulah cara musuh menyerang.
Nah. Syaaban ini masih menantimu untuk merancang.
Merancang untuk membuat latihan.
Agar KEBIASAAN itu mampu mengelakkan rasa kejutan.
Kejutan yang hanya menyebabkan Ramadhan dinanti kehadiran dengan penuh keterujaan.
Namun keterujaan itu membutakan hati dari memahami tujuan kefardhuan.
LATIHAN pembentuk sikap bagi 11 bulan selepas Ramadhan.
Saturday, June 8
4 Tanda Hidup Tidak Berkat
Salam, sebenarnya banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tidak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tidak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.
p/s : Ini adalah share (copy paste) dari apa yang admin baca dan terasa. Semoga sahabat-sahabat juga akan terasa...JOM UBAH...
Friday, June 7
[REMAJA MULIA, APA YANG KAMU CARI?]
Ramai orang muda yang pergi belajar di sekolah, universiti, balik dan habis begitu saja. Selain daripada makan minum, main, kerja dan mahu hidup berpasangan, apakah lagi yang dicari dalam hidup ini?
Dukacita kalau kehidupan ini diisi dengan perkara-perkara itu tanpa kita tahu ke manakah arah kehidupan ini akan kita bawa. Lebih menyedihkan lagi adalah bila hidup ini difikirkan hanya mahu diisi dengan syahwat dan keseronokan semata-mata.
Remaja mulia, ke manakah akhirnya kita akan bawa kehidupan ini?
Ada anak muda yang pergi sekolah, universiti, belajar, tetapi dalam masa yang sama mencari pasangan couple. Tak kurang, ada yang terlibat dalam gejala maksiat sehingga terlanjur, melakukan zina yang dimurkai Allah.
Ada anak muda yang pergi sekolah, universiti, belajar, tetapi dalam masa yang sama bersikap kurang adab dengan guru, bahkan ada yang memukul dan membelasah guru, memancitkan tayar guru, bergaduh dengan guru.
Ada anak muda yang pergi ke sekolah, universiti, belajar, tetapi dalam masa yang sama memencilkan diri daripada masyarakat. Pusingan hidupnya hanya rumah dan bilik kuliahnya sahaja. Tidak dipedulikannya masyarakatnya menjadi apa.
Kitaran ini berulang di setiap generasi. Berakhir dengan kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, budaya samseng dan hero jalanan, hilang hormat terhadap ibu ayah dan guru, hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
Kitaran yang rosak ini, jika dibiarkan, kalau tidak kita terlibat sekalipun, bimbanglah generasi kita yang akan datang.
Remaja mulia, apa yang kamu cari dalam hidup ini?
Kalau hidup hanya sekadar hidup, belajar hanya sekadar belajar, pergi sekolah hanya sekadar pergi sekolah, kamu tidak akan menemukan kemuliaan dalam hidup ini.
Kamu harus tahu untuk apa kamu hidup dan kamu perlu tahu ke mana akan kamu bawa hidup kamu sekarang ini.
Apakah maksiat dan dosa, zina dan sebagainya itu akan menghantarkan kamu kepada kebaikan di masa depanmu?
Apakah sikap kurang adab kamu dengan guru, dengan ibu ayah itu memberikan untung untuk masa depanmu?
Apakah yang kamu sedang kejar?
Kita hidup tidak lama, remajaku. Nanti kita akan mati. Kita akan pulang bertemu Allah. Apakah yang akan kita jawab di depan Allah s.w.t. nanti dengan apa yang sedang kita lakukan sekarang?
Mahukah kita menjawab di depan Allah nanti kala Allah bertanya, wahai anak muda, apakah yang telah kamu lakukan di masa mudamu?
Apakah bisa kita menjawab, "Aku telah berzina dengan si fulanah binti si fulanah." kala hari itu kemurkaan Allah yang tiada batasnya kerana derhakanya ramai manusia? Bisakah kita menjawab sedemikian?
Apakah kuat untuk kita menjawab, "Aku telah melakukan dosa sekian sekian." kala mati kita, kita tidak sempat bertaubat dari kesalahan itu dan kita pun menghadapi Allah s.w.t. pada hari perhitungan itu dengan jiwa yang kotor, apakah kita kuat?
Tanyalah dirimu, wahai remaja mulia.
Apakah yang dicari, dikejar dalam hidupmu?
Abang kakakmu berpesan kerana kasihkan kamu.
Jagalah dirimu dengan agamamu di kala kerosakan sedang menjangkiti ramai manusia.
Ketahuilah dan tetapkanlah matlamatmu dalam hidup. Jangan biarkan anasir-anasir tidak baik melemahkan kamu, mengganggu perjalanan hidupmu menuju Allah.
Kamu ada akhirat untuk kamu pulang, ingat itu remajaku !
[PESANAN BUAT REMAJA MULIA]
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
LaMaN ilMiah
-
-
-
-
-
Poster – Sincerity5 years ago
-
-
-
Telah Terbit: Tinta 2 Asyraf10 years ago
-
-
Shoutul Amal Comeback!11 years ago
-
MEMBANGUN KEKUATAN GERAKAN DAKWAH11 years ago
-
KUATKAN HATI INI YA ALLAH12 years ago
-
-