Saturday, February 4

Salam Maulidur Rasul buat seluruh ummat Muhammad S.A.W.




♥ Rasulullah S.A.W. tauladan Sepanjang Zaman... ♥
Secebis kisah buat renungan...

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.

Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih syg yang ada pada baginda.

Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ?

Sekalipun airmata mengalir hanya dengan membaca kisah ini, masih juga kita tidak mampu membalas tiap pengorbanan yang telah baginda lakukan buat ummat-ummatnya.

Muhasabahlah diri, moga dengan setulus ingatan dan selawat ke atas baginda, bisa meluahkan rasa kasih sayang yang ingin kita curahkan pada Rasulullah S.A.W.

Dan doakan agar kita akan bersamanya di Syurga Allah nanti... aamiin Ya Allah.

[CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.]

Buat shbt2 yg ingin terus berkongsi.. sebarkan.. moga manfaat yg indah ini mnjd pedoman dan tauladan buat kita.. Insyaallah.

2 comments:

MohdSyaiful said...

Subhananaallah..baru sedikit cerita tentang kasihnya rasulullah pada umatnya, ternyata cinta rasulullah itu sgt tinggi pada umatnya..tp umatnya, kita masih tercari2 cinta kepada rasulullah..semoga maulidur rasul kali ni mampu menjadikan lebih cinta pada raulullah..

Jannatulnaim said...

insyaAllah..

Followers