Friday, April 23

hafaL aL-QuRaN.....







Bismilahirahmanirahim...
memandangkan mgu dpn ad ujian lisan/syafawi/oral hafazan,
so,kali nk p0st ckit sal mghafaz al-quran ni..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.



Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.
Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa:
The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes


both understanding and practice. In fact there is no English word


which can accurately reflect its true and full meaning.


Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not


a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional


impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its


meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your
mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.


Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.


Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik
atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat.
Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara
menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan
menghafaz Al-Quran.


Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang


paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang
mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar"


Surah Al-Isra 9.
FimanNya lagi:
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekalan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa


kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur". Surah Fatir 29-30.


Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Min itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat Ibnu Mas'ud.
Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"
Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin".


Surah Isra 82.


Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah


(Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat
Ibnu Abbas r.a.


Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain"
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang


masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala".


Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" Hadis riwayat Tarmizi.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
INSYALLAH...
ALLAH prmudahkan aq n sohabat2 untk mghafaz surah2 t..^^

Saturday, April 17

j0M riAdah...







Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.
Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”





Etika sukan dalam Islam

1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah
seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).

2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut
tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.

3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi
hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.

4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan
solat. Firman Allah swt:

“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.”
(4 : al-Ma’un)

5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.”
(Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)

6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah
yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:

لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له

Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh
wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)

7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak
ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:

“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet,
lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak
ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan
wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton
oleh lelaki yang bukan mahram.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni salah satu xtiviti kat ipgmkkb sem 2 2010


penat = bes.....
mmg menyeronokkn+meletihkan...
sem 2 ni aq ad teras pendidikan jasmani..hu2
mcm2 da aktviti yg dimainkan..
yg plg bes skali kelas aq kne anjurkan prmainan traditional konda-k0ndi...
mmg xdnafikan bhwa sem 2 ppismp ni aq agak kerap turun padang,huhuu...
byk gler r xtviti..
namun, aq brsyukor gk coz byk gler ilmu bru yg aq timba,
c0nthnye, menganjurkn sesuatu pr0gram,
kne jmpe rmy org utk menyempurnakan pr0posal n mcm2 ag r...
yg penting sukan@riadah ni mmg aq suke n mmg minat r..^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ni ngah plan nk men galah panjang....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

plus, dlm agama kita (ISLAM) pun menggalakkan kita bersukan,
~~~~~~~~~~

CONTOH:




“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)

dlm nas ni menerangkn bhwa melalui sukan bdn kita akn sihat & kuat. plus Islam menggalakkan umatnya menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda:

“Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”

Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

selain itu,
nabi Muhammad SAW telah bersabda bhwa Allah menyukai org2 yg kuat tubuh badanya,



المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang
beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)

nabi juga melibatkan diri dlm prmainan ....

Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari
hadis berikut:


“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw
bersabda “ Memanahlah
hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan
aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi
berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana
kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah,
aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)

nabi bersukan bersama isteri tercinta,,

Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra
telah meriwayatkan hadis berikut:

أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran.
Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda
dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini
membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)

Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan
mereka bersama Aisyah ra.

Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:

لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan
kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain
di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
RENUNG-RENUNGKAN dan selamat beramal..^^



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Wednesday, April 7

SAHABAT.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kawan,2,,
macam-macam karenah rkn2 aq kt cni,huhuu....
ttbe wase mcm sdikit ksedihan lak kt lubuk aty ni,
bak kte ma, kte kne byk sbr,tolak ansur,n plg pentg pkir +tive,
yup,mmg xdnafikan ape yg ma ckp 2 btol,
haa, stu ag ign0re je prkra yg remeh temeh 2,
msuk kt telinga knan n kua telinga kiri.....^^
tq kekwn yg slalu lyan karenah,suka n duka ngan aq..
ukhwah fillah abadan abada,,,
insyALLAH....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

aPA ERTI KAWAN ? jIKA TIDAK SUKA MENOLONG . aPA ERTI KAWAN ? jIKA ASYIK BERMASAM MUKA . aPA ERTI KAWAN ? jIKA KEJUJURANNYA DIPERTIKAIKAN . aPA ERTI KAWAN ? jIKA TIADA RASA SAYANG . aPA ERTI KAWAN ? jIKA TIADA BELAS KASIHAN . aPA ERTI KAWAN ? jIKA KEBAIKAN TIDAK DINILAI . aPA ERTI KAWAN ? jIKA DIRI TIADA TEMAN .... kAWAN YANG MULIA , kAWAN YANG SEBENAR, kAWAN YANG ABADI.. ilmu IALAH KAWAN YANG SEJATI !

dI MANAKAH LETAKNYA KEJUJURAN, aPAKAH SEBENARNYA ERTI PENGORBANAN, aNTARA KUASA, CINTA, NAFSU DAN KEINSANAN.

mESKIPUN PELBAGAI KESENGSARAAN MENIMPA HIDUPMU WALAUPUN KESAKITAN DAN KEPERITAN MENJADI BEBANAN TABAHKAN HATIMU HARUNGI LAUTAN INI DEMI MATLAMAT YANG KAU GAPAIKAN

BUMI NERAKA PERNAH KAU LALUI BAGAI MIMPI NGERI BAGIMU BANGUNLAH KAWANKU..BANGUN...

SEBAGAI JASAD YANG BERDIRI DI BUMI BERTUAH INI BENDUNGLAH SEGALA GEJALA SOSIAL MENJADI YANG HEBAT..WALAUPUN TIDAK SEHEBAT MAHADZIR AGAR JASADMU TERGOLONG DALAM YANG DICUCURI
RAHMAT....

Tuesday, April 6

k0nVO aLOnG...


5 APRIL 201O

Ary nie ary brsejarah bg along n stu fmly aq,
alhamdllh....
along da mghbiskan wk2 stdy di ptss dgn baik..
tahniah wat along yg da grad pat diploma media Digital..
h0pe dye pat smbung dgree kt mne2 u yg dharapkan,,
InsyAllah......




.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tp yag sedeynye aq ngan angah xde coz xley cuti,huhuuu..=(
coz kne brjuang untk grad gk sua2 ary nt,ngeee~~~~~
1lg yg mnyadiskan coz fmly aq,
ma+abah+k.tih+dikya+ikah amek ksempatan p merewang sekitar perlis...
sbr je r yg sekadar mmpu..
nsib baik fmly aq blikan somethg special gift utk aq,^^
mrelka amat memahami,,hehee
alhamdllh,,,..Allah kurniakn fmly yg trbaik kt aq,,
m0ge bhgia dunia akhrat,,,
aminn......


Kata2 Hikmat Orang Orang Soleh

A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW,
Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah
seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha
illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.
3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu,
dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu
menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke
arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga
dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang
menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut
seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.
4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi
perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram,
perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat –
Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. –
Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada
orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.
5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.
6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.
7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah
mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik
di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah
aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB
1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati
yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya
lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan
atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat
melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan
Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan
kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat.
Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW
di tanganku.
5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa
Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang
pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam
meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi
musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar
akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa
dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.
Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina
Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:
1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat
perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada
batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.
3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.
D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.
Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik
bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi
oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.
3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka
tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah
sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib
orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata,
“Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah
wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”
4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf
ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram
ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang
yang selalu menolong.
5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah
aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai
maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang
Engkau cintai).
6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu
daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang
disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan
janganlah dia takut melainkan dosanya.
8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham
dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.
9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati,
buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan
dan mengutuk orang-orang pandai.
11. Buta hati akan lupa zikrullah.
12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai
masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan
Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.
~Semoga ia dapat memberi sedikit manfaat buat kita semua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Followers