Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.
Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”
Etika sukan dalam Islam
1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah
seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).
2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut
tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.
3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi
hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.
4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan
solat. Firman Allah swt:
“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.”
(4 : al-Ma’un)
5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.”
(Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)
6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah
yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:
لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh
wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)
7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak
ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet,
lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak
ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan
wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton
oleh lelaki yang bukan mahram.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni salah satu xtiviti kat ipgmkkb sem 2 2010
penat = bes.....
mmg menyeronokkn+meletihkan...
sem 2 ni aq ad teras pendidikan jasmani..hu2
mcm2 da aktviti yg dimainkan..
yg plg bes skali kelas aq kne anjurkan prmainan traditional konda-k0ndi...
mmg xdnafikan bhwa sem 2 ppismp ni aq agak kerap turun padang,huhuu...
byk gler r xtviti..
namun, aq brsyukor gk coz byk gler ilmu bru yg aq timba,
c0nthnye, menganjurkn sesuatu pr0gram,
kne jmpe rmy org utk menyempurnakan pr0posal n mcm2 ag r...
yg penting sukan@riadah ni mmg aq suke n mmg minat r..^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni ngah plan nk men galah panjang....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
plus, dlm agama kita (ISLAM) pun menggalakkan kita bersukan,
~~~~~~~~~~
CONTOH:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)
dlm nas ni menerangkn bhwa melalui sukan bdn kita akn sihat & kuat. plus Islam menggalakkan umatnya menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda:
“Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”
Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”
selain itu,
nabi Muhammad SAW telah bersabda bhwa Allah menyukai org2 yg kuat tubuh badanya,
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang
beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)
nabi juga melibatkan diri dlm prmainan ....
Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari
hadis berikut:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw
bersabda “ Memanahlah
hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan
aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi
berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana
kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah,
aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)
nabi bersukan bersama isteri tercinta,,
Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra
telah meriwayatkan hadis berikut:
أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran.
Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda
dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini
membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)
Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan
mereka bersama Aisyah ra.
Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:
لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan
kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain
di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
RENUNG-RENUNGKAN dan selamat beramal..^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment