Salah satu azam pada setiap hari bila setiap kali nak kemas beg, adalah nak bawa beg ringan ke sekolah.
Maknanya, berazam supaya dalam beg ada 2 buah buku sahaja Buku tulis dan buku teks nipis . Buku-buku yang perlu sahaja.
buku yang kadang-kadang tak buka langsung pun kt kelas. Konon lah nak baca bila ada waktu senggang. Nak baca time makan ( time makan suka termenung dan main henset pulak)
Betul lah, Allah itu sentiasa menguji.
Uji niat tu betul ke nak belajar.
Ke pergi kuliah sebab orang lain pegi kuliah jugak?
Atau pergi kuliah hanya sebagai memenuhi rutin harian?
Betul lah niat itu bukan sahaja perlu diluruskan,
dibanyakkan ( perbanyakkan niat), diperbaharui
Tetapi niat itu juga seharusnya dihayati
setiap detik dan saat. Sepanjang masa.
dan Belajar itu juga adalah Ibadah.
Apa pun, sikap begini harus dibendung dengan segera.
dan moga aku tak cepat bongkok kerana bawa beg berat-berat.
Masih muda lagi. Masih banyak peluang untuk berbakti kepada dunia
haruslah dipenuhi dengan sebaiknya..
*al faqirah,
ipg kota bharu~
No comments:
Post a Comment