Saturday, May 19

MATA GERGAJI

MATA GERGAJI [Tafakur ]

Seorang pemuda begitu gigih menggergaji sebatang pokok besar. Tidak terkira peluh yang membasahi bajunya. Masa terus berlalu, pokok itu masih tidak tumbang. Kelihatan pemuda itu masih punya semangat yang membara tapi tidak pasti adakah semangatnya akan terus membara.

Tiba-tiba datang kawannya lalu berkata kepadanya :

"Mengapa tidak kau berehat sebentar dan asah mata gergaji supaya lebih tajam lalu sambung semula menggergaji ?"

Kata pemuda itu :

"Aku tidak punya masa untuk berehat selagi pokok ini tidak tumbang !"


…………………………………………………………………………….

Musim peperiksaan adalah masa untuk kita bertungkus-lumus menelaah pelajaran yang masih belum hadam. Namun begitu, kita perlu bijak merancang dan menyusun jadual study kita supaya lebih sistematik dan efisyen.

Waktu yang sepatutnya kita tidur maka tidurlah bagi memenuhi hak tubuh kita. Begitu juga dengan waktu untuk kita makan, beriadah dan waktu kita solat bermunajat kepada Allah.

"Asah mata gergaji anda dan sambung kerja yang tersisa"

Berehat tidak bermakna buang masa tetapi jadikannya suatu proses mengasah daya fokus yang telah tumpul dan teruskan melangkah untuk sebuah kemenangan yang terancang !

Selamat menempuhi peperiksaan dengan jayanya !

No comments:

Followers